flyer 2014-1

flyer 2014-1

Jumlah Pelawat Blog ini 游览总人数

Sunday, November 27, 2011

GAGASAN SATU MALAYSIA ( 1Malalysia 的 宏 观 )

GAGASAN SATU MALAYSIA ( 1Malalysia )

(a) PENDAHULUAN:

- Satu gagasan untuk memupuk perpaduan – rakyat Malaysia berbilang kaum

- berteraskan beberapa nilai penting

- menjadi amalan setiap rakyat

- idea yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

- menggambarkan beliau seorang yang berpandangan jauh untuk memajukan negara

- satu formula untuk menjayakan Wawasan 2020

menjadi bahan perbincangan dari warung kopi ke sidang parlimen

(b) PENUTUP:

- merupakan satu gagasan yang amat baik untuk jangka pendek dan jangka panjang

- banyak kebaikan yang menjadi pemangkin keamanan dan kemajuan negara

- perlu disokong penuh tanpa berbelah bahagi oleh semua pihak

- perlu melakukan anjakan paradigma

- pasti mencapai objektif

- slogan ‘Negara Kita, Tanggungjawab Kita’

(c) ELEMEN:

Isi-isi:

1. Konsep Gagasan Satu Malaysia

- bukan satu dasar baharu

- merupakan pelengkap pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan perpaduan kaum

- merupakan satu formula mencapai Wawasan 2020

2. Konsep perpaduan

- berbeza dengan konsep asimilasi yang diamalkan oleh negara lain

- menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia

- menekankan sikap penerimaan rakyat berbilang kaum

- mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat dan negara

3. Prinsip keadilan

- nasib semua kaum terbela

- tiada pihak yang terpinggir / tersisih

- mengambil kira kemajuan kaum yang berbeza

- memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan

4. Aspek utama – Penerapan teras-teras perpaduan

- Dilaksanakan dalam dua aspek utama

- iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi

- Teras perpaduan terbahagi kepada 3 elemen – sikap penerimaan, prinsip-prinsip kenegaraan dan keadilan sosial

- Sikap penerimaan – penerimaan keunikan kaum-kaum di Malaysia melalui sikap toleransi dan saling menghormati

- Prinsip kenegaraan – berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara

- Keadilan Sosial – keadilan untuk semua kaum

5. Aspek Utama – Penerapan nilai-nilai aspirasi

- bertujuan untuk merealisasikan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’

- lapan nilai aspirasi diperkenalkan – budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu dan budaya inovasi, nilai integrity, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan

- budaya berprestasi tinggi – bertujuan untuk memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilaksanakan mencapai tahap yang terbaik

- budaya ilmu – kecenderungan untuk sentiasa menuntut ilmu sepanjang hayat

(d) KEBAIKAN:

Isi-isi:

1. Dapat memupuk perpaduan kaum

- perpaduan kaum dapat dipupuk dan terus dipelihara

- penting kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan berbilang kaum

- dapat dipupuk melalui amalan nilai murni – nilai hormat-menghormati, kesederhanaan dan berbudi bahasa

- setiap kaum saling menghormati agama dan kepercayaan kaum yang lain

- membolehkan rakyat hidup dalam aman damai

2. Dapat mewujudkan keadilan sosial

- dapat diberikan melalui peluang pendidikan dan pembangunan

- semua rakyat dapat menikmati kemudahan asas, khususnya penduduk luar bandar dan golongan miskin

- golongan miskin akan diberikan bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat - hulurkan bantuan, ringankan beban

- rakyat dapat menikmati keselesaan hidup

3. Dapat memajukan ekonomi negara

- melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap

- kerajaan telah membuat perubahan strategi ekonomi

- Dasar Liberalisasi telah menarik minat pelabur asing

- mendorong syarikat antarabangsa melabur di Malaysia

- kedatangan pelabur asing membuka peluang pekerjaan

4. Dapat menerapkan nilai-nilai aspirasi

- menaikkan prestasi rakyat dan memajukan negara

- menerapkan nilai budaya ilmu, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi

- nilai budaya ilmu menjadikan rakyat memiliki ilmu pengetahuan yang tinngi dan dipandang mulia

- nilai budaya aspirasi bertepatan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'

5. Dapat menaikkan imej negara

- negara dikenali sebagai negara yang semakin maju

- menjadikan negara kita lebih dikenali sebagai negara yang pesat membangun

- berminat untuk mempelajari cara pentadbiran Malaysia

- imej negara yang semakin baik perlu dijaga

(e) LANGKAH MENJAYAKAN

Isi-isi:

1. Peranan menteri

- mempunyai kuasa untuk melaksanakan projek pembangunan dan ekonomi

- kawasan luar bandar dan kawasan yang mempunyai penduduk miskin diberikan tumpuan

- memperbanyak pembinaan rumah kos rendah

2. Peranan wakil rakyat

- boleh melaksanakan aspek-aspek utama yang terkandung dalam gagasan

- perlu berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama

- menyelesaikan masalah penduduk setempat – kemudahan asas

3. Peranan kakitangan awam

- merupakan pelaksana bagi setiap projek pembangunan yang dirancang

- mesti mengamalkan nilai-nilai aspirasi – budaya berprestasi tinggi dan integrity

- semua kerja yang diamanahkan mesti disiapkan mengikut jadual dan menepati kualiti yang ditetapkan

- rakyat gembira

4. Peranan media massa

- dapat mempengaruhi minda rakyat

- mempamerkan logo dan memperdengarkan lagu Gagasan Satu Malaysia di kaca televisyen atau di corong radio

- menyiarkan aktiviti dan program yang dibuat oleh kerajaan

- mengadakan kempen dan memberikan penerangan secara berterusan

5. Peranan rakyat

- mesti sedar tujuan gagasan ini adalah untuk membela nasib mereka

- seiringan dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’

- mengamalkan nilai-nilai murni – hormat-menghormati, kesederhanaan, berbudi bahasa

- perpaduan kaum dipelihara

- pembangunan negara berjalan lancar

Karangan Cemerlang SPM - Peranan remaja membentuk sahsiah terpuji / 青少年塑造良好品行的角色

CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM 2011

KARANGAN CONTOH - Bahagian B ( 100 % )
Saolan
Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang. Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.
(Soalan 1 Percubaan SPM 2011 MRSM)

Karangan
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Sebahagian daripada lirik lagu ‘Remaja’ persembahan kumpulan nasyid Unic saya petik untuk menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik semanagat ini menyeru para remaja agar menggunakan masa dengan sebaiknya dan mempunyai azam yang kuat demi memajukan diri masing-masing . Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan menjadi warga yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Hal ini demikian kerana menurut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek, belakangan ini, remaja begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara.Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi akidah remaja kita. Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara’ kini dikaitkan dengan isu kenakalan. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang bak kata pepatah, air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini begitu hampir dengan saya memandangkan saya juga seorang insan yang bergelar remaja justeru saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara.
Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya akan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein (walaupun beliau tidak beragama Islam) yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Saya akan mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami Al-Quran, mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para sahabat. Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu pastinya akan menjadi sumber primer saya bagi membina pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna seperti memahami nilai yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari . Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan bertanggungjawab semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia . Pengajaran daripada Al-Quran dan hadis mampu merobah mana-mana perlakuan saya yang sebelum ini yang dianggap bejat atau kurang memuaskan kepada perlakuan yang positif atau terpuji. Jikalau saya tidak memahami kandungan Al-Quran ataupun hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau ustazah yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama yang suci ini. Saya akan meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan, suasananya yang hening mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan mendalami ilmu agama, saya yakin saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan kemampuan memberikan buah fikiran dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak Nabi Muhammad saw. Jelasnya, saya akan terhalang daripada menjadi penyumbang petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang.
Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah dengan menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini, saya ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup menjadi seperti Si Tanggang atau Si Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah saya akan berbincang dengan cara yang paling baik atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih. Allah telah memberikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka. Taat kepada ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah saw. yang bermaksud : “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Jelaslah bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan saya individu yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan moral.
Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah dengan menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu berdiri dan berpijak di bumi yang nyata menjadi insan yang sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, ‘Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik”. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai insentif dan motivasi untuk saya berjaya menjadi insan berguna yang mampu mendaki menara gading . Bukan sahaja guru ialah ibu, bapa, pengajar, pendidik, pengasuh, penasihat dan pembimbing malahan guru adalah segalanya bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak berguna di dunia dan akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah swt. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya mencetuskan rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.
Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan itu, saya akan menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa yang berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata pepatah ‘berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari.’ Saya akan menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat segi dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya kepada orang lain. Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila berkawan dengan saya sekiranya saya tidak bersikap bagai buntal kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus rutin hidup saya sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah terpuji.
Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral . Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan perkara yang negatif yang mampu keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan yang membisikkan ‘kata-kata bermadu’ kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa awas bahawa syaitan telah berjanji akan menyesatkan umat manusia dek sebab Allah swt. telah mencampakkannya keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. Kesombongan merajai hati syaitan dengan alasan dia diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan kian hari kian diwarisi manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan menjadikan nilai-nilai nurni jelas nyata dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba ‘menyesakkan nafas’ dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang Muslim yang cemerlang dan memiiki sahsiah yang terpuji. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Chee pernah menyuarakan pendapat bahawa , “Para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa”. Akhlak yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. ‘First impression’ orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar”.
Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan mutu akhlak dalam kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah diri ini saya yakin akan membentuk saya menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam yang tidak berbelah bahagi, mempunyai kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah saw.Mutiara kata ulamak tersohor Hamka akan saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini. Katanya, “Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya teapi tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.” Tidak akan saya lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada landasan yang benar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan sayap negatif kepada generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’

Oleh: Siti Zareen Naqiyah Zool Ambia5 Hydrology (2011)
MRSM Transkrian

1 ulasan:

mrs smith berkata...

salam
krgn ini sgt mantap & p'olahan isinya sgt detail dan menarik,,,p'gunaan kosa kata yg meluas dan tepat.
terima kasih krn krgn ini mmpu m'bimbing sy utk m'hslkn krgn yg mantap! ;)

Tuesday, November 15, 2011

SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2011 国文试卷一考题

SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2011

Alhamdulillah usai sudah Kertas Bahasa Melayu 1 SPM 2011 sekali gus menjawab segala teka-teki sebelum ini. Mudah-mudahan semua calon SPM hari ini dapat menjawabnya dengan baik dan memperoleh markah yang cemerlang. Teruskan perjuangan anda untuk menghadapi kertas Bahasa Melayu 2 pada sesi petang ini.


Sunday, November 13, 2011

Menjelang Gerbang SPM 2011 迈入SPM考场前夕 …

Menjelang Gerbang SPM 2011 迈入SPM考场前夕

Pada hari esok, calon-calon SPM akan menduduki peperiksaan selama satu bulan. Cikgu ingin menasihati kalian agar bertenang dan sabar untuk menghadapi peperiksan yang amat bererti ini dalam hidup anda. Kebimbangan dan stres akan menjadi kekangan yang dapat menjejaskan prestasi anda. Segala usaha anda akan membuahkan kejayaan yang cemerlang , gemilang dan terbilang nanti jika berbekalkan persiapan yang memadai dengan keyakinan.yang kuat . Jangan bersengkang mata dan tidur lewat agar lebih bersemangat , bersegak dan bersegar memerah otak dan keringat menghapai cabaran yang dinanti-nantikan selama ini 同学们 , 加油 … 期待的战役已经来临了…….

Tip Terakhir..SPM 2011 ..SPM 最后的提示

Tip Terakhir memasuki gerbang spm 2011 .

Bahasa Melayu Kertas 1.
Isu:
a. Cara memulihara bangunan bersejarah
b. Kebaikan mengunjungi perpustakaan -mewjudkan budaya membaca/meminda generasi berilmu pengetahuan/ mempunyai minda kelas pertama/ menggalakkan budaya berfikir tinggi/ berkarisma/ jana idea kritis dan kreatif/ imej negara maju - simpulan bahasa yang perlu disisipkan- otak cair, langkah kanan, kempen: Membaca 1Malaysia, membaca satu jam seluruh negara anjuran KPM, budaya membaca elak pelajar malas - menjauhi sikap seperti pahat dengan penukul
c. Orang Kelainan Upaya ( OKU )- langkah membantu
d. Peranan ibu bapa membentuk sahsiah anak-anak.( membendung/ mengekang gejala negatif ) TAJUK KENA TEPAT 100 % DARIPADA KERTAS 1 SOALAN 2 SPM 2011 .... ( pada 14/11/2011 )
e. Kerjasa serantau dalam memacu sukan di peringkat global.
f. Peranan kesusasteraan dalam membentuk nilai murni dalam kalangan pelajar

Bahasa Melayu Kertas 2.
Komsas:
a. Ibu dan ceper
b. Israk
c. Cempaka berdarah
d.Hikayat Dua Geliga Hikmat
e. Merah Silu
f. Langlang Buana
Novel:
a. Tema, persoalan, pengajaran, perwatakan watak utama / teknik plot
b. peristiwa yang memaparkan nilai kegigihan/tanggungjawab/kasih sayang


Tatabahasa:
a. cakap ajuk kepada cakap pindah
b. Gabung ayat
c. ayat biasa kepada ayat songsang

Selamat membuat ulang kaji. Teruskan perjuangan anda... ini soalan jangkaan / ramalan ..bukan soalan bocor .!!

旅游业的重要Kebkepentingan sektor pelancongan kepada negara kita.

Copy of logo ^^ Disediakan Agata/ Jayadidik / Cikgu LI / 25 / 9 / 11

Kebaikan / kepentingan sektor pelancongan kepada negara kita.

Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Persoalannya, apakah kebaikan yang diperoleh negara dalam usaha mempromosikan negara yang kita cintai ini, iaitu Malaysia kepada pelancong dari luar negara.

Satu daripada kebaikan sektor pelancongan negara ialah kita dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia. Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel , kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan Malaysia Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosikan ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa,Sambil Menyelam Minum Air ’

Seterusnya, sektor pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar terpaksa menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan mahupun di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.

Sektor pelancongan dapat memajukan industri kraftangan di Malaysia. Barangan kraftangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik segireka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli-belah barangan kraftangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, dan lain-lain sebagai buah tangan buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan.

Sektor pelancongan dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, jurupandu pelancong dan perkhidmatan lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisional mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Tidak dinafikan peluang yang datang memberi rezeki yang melimpah ruah kepada peniaga yang ringan tulang.

Sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian .tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan .lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan songket boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan.menjadi.memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Keunikan budaya masyarakat.Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.

Akhir kalam, industri pelancongan banyak memberikan sumbangan yang besar terutama dari segi ekonomi kepada negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana tak kenal maka tak cinta......

Fokus Karangan 2011 - 推行1M1S 的好处 kebaikan pelaksaan dasar 1M1S

SELAMAT MELANGKAH KE GERBANG SPM 2011 - DOA DAN HARAPAN MENGIRINGIMU

Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan langkah positif untuk melahirkan rakyat yang sihat dan aktif. Bincangkan pendapat anda tentang faedah-faedah pelaksanaan dasar tersebut kepada para pelajar dan negara. ( TOPIK HANGAT )

Merealisasikan Penantian Empat Belas Tahun”, “Harimau Malaysia Membaham Garuda”, “Wira Piala AFF Terima Durian Runtuh”. Demikianlah beberapa slogan daripada ribuan sepanduk dan kain rentang yang memaparkan kegembiraan rakyat Malayisa hasil kejayaan memberangsangkan anak-anak muda Malaysia dalam arema sukan di peringkat antarabangsa. Pujian yang sama turut mengiringi apa-apa acara sukan yang lain sekiranya pulang dengan kejayaan. Sesungguhnya, aktiviti sukan di negara ini telah mendapat sambutan yang amat ghairah daripada rakyat jelata sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, kekalahan demi kekalahan yang menimpa pasukan kebangsaan menyebabkan industri sukan di negara ini kurang mendapat sambutan. Memandangkan sukan juga sebagai satu daripada wahana yang dapat menonjolkan imej negara di persada antarabangsa, kerajaan telah melaksanakan suatu dasar yang pragmatik iaitu Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Memang tidak syak lagi dasar ini akan memberi banyak impak positif kepada anak-anak muda negara.

Langkah yang pragmatik ini sudah pasti dapat melahirkan remaja yang berperawakan sihat dan cerdas. Hal demikian amat nyata sekali kerana sukan merupakan saluran yang terbaik untuk merangsangkan kecergasan mental dan fizikal. Langkah ini dilihat amat praktikal sekali apabila semua aktiviti sukan diuruskan secara terancang dan profesional oleh pihak sekolah. Lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan IMIS, sudah pasti setiap pelajar berpeluang mencuba bakat masing-masing. Oleh itu, tiada pihak yang terasa diri terabai dan disisihkan. Natijahnya, setiap individu berpeluang memperkembangkan semua potensi diri dalam aspek mental, fizikal, dan sahsiah. Sesungguhnya, inilah wajah generasi akan datang yang menjadi taruhan nusa selaras dengan kata-kata,, “Untuk melihat bangsa pada masa depan lihatlah kepada remaja pada hari ini”.

Impak positif lain yang akan diperoleh remaja adalah dapat mengasah dan mempertajam bakat mereka sejak awal usia lagi. Bertepatan dengan maksud peribahasa, jikalau hendak melentur buluh hendaklah daripada rebungnya dan belakang parang jikalau diasah pun akan tajam, jelas menunjukkan bakat yang terpendam akan menyerlah apabila digilap sejak awal. Nyatalah bahawa dasar ini menjadi medan untuk memupuk profesional sukan. Sementara itu, bagi yang berbakat pula, boleh membina kerjaya dalam bidang sukan. Mereka pasti teruja dengan pencapaian cemerlang jagoan-jagoan sukan seperti (.............................). Sesungguhnya, dasar ini boleh dianggap sebagai strategi terancang untuk melahirkan lebih ramai jagoan dan tokoh sukan dalam tempoh satu dekad lagi. Sesungguhnya, dasar 1M1S ini amat bertepatan dengan falsafah Tao yang menyatakan, “Jikalau kamu mahu hidup setahun tanamlah gandum, jikalau kamu mahu hidup setahun tanamlah pokok, dan jika kamu mahu hidup selama-lamanya tanamlah manusia”.

Signifikan yang lain pula, matlamat 1M1S adalah untuk menjadi landasan terbaik menyediakan pelapis-pelapis sukan yang terdiri daripada bakat-bakat baru. Langkah ini amat tepat pada masanya kerana sudah menjadi resam dunia bahawa yang lama akan berlalu. Oleh itu, usaha ini sangat bertepatan dengan peribahasa patah tumbuh hilang berganti maka yang pergi perlulah diganti. Melalui strategi yang terancang seperti ini persediaan awal dapat digemblengkan dalam usaha melahirkan atlit muda yang lebih kompeten. Dengan yang demikian, negara tidak ketandusan wira-wira sukan. Para wira dan wirawati ini akan meneruskan misi menggalas tugas mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sesungguhnya, kemampuan bersaing di arena antarabangsa bakal mengangkat martabat negara agar kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan gergasi-gergasi sukan dunia

Peribahasa yang menyatakan gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa menunjukkan bahawa jasa dan bakti menjadi sebab seseorang itu diingati walaupun sesudah mati. Setiap rakyat yang berjiwa patriotik hendaklah bercita-cita untuk memahatkan nama mereka sebagai rakyat yang berjasa kepada negara sesuai dengan laungan keramat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, setiap warganegara hendaklah menyumbangkan khidmat dan bakti kepada negara mengikut kemampuan masing-masing. Oleh itu, seseorang jagoan sukan sentiasa dijulang namanya sebagai wira yang mengharumkan nama negara. Tokoh ternama seperti Mokhtar Dahari, Dr M Jegathesan, Rabuan Pit dan ramai lagi adalah antara tokoh kesukanan yang sentiasa disebut-sebut. Di sebalik bakat dan kesungguhan mereka, jiwa patriotik begitu menyala di dalam hati dan sanubari masing-masing. Langkah memartabatkan sukan di peringkat sekolah dalam program 1M1S merupakan usaha murni untuk membentuk jiwa patriotik dalam kalangan warganegara ketika mereka masih di bangku sekolah lagi. Sesungguhnya, usaha ini amat tepat dalam usaha negara memartabtkan semula kecemerlangan sukan sama ada di peringkat nasional mahu pun global.

“Sambil menyelam minum air”. Demikianlah peribahasa yang boleh dipetik sebagai membuktikan sesutau usaha yang dilakukan kadang-kadang boleh memberikan impak sampingan yang amat berguna. Dalam hal ini, sukan bukan sekadar aktiviti riadah semata-mata, sebaliknya mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Impak positif yang turut diperoleh negara apabila sukan sudah mula beralih arah menjadi sebuah industri mahupun kerjaya ialah kekayaan dalam bentuk wang ringgit. Di sebalik hadiah dan ganjaran yang lumayan, pelbagai industri hiliran yang berasaskan sukan turut terjana. Apabila mengambil kita sejumlah 20 bilion wang yang mengalir ke Afrika Selatan semasa penganjuran Bola sepak Piala Dunia pada 2010, hujah tersebut boleh mengesahkan bahawa sukan adalah antara penyumbang terpenting dalam mengisi kantung negara. Kini penganjuran seperti EPL, EURO, dan Piala Dunia adalah antara industri sukan terpenting yang berjaya mengaut keuntutngan besar. Selain itu, sukan-sukan ternama yang lain seperti golf, tenis, dan kriket turut menjadi penyumbang utama seseorang jaguh cepat melonjak menjadi jutawan. Amat jelas sekali, pada era milenium kini, sukan adalah antara industri yang mampu menjanakan pendapatan kepada sesebuah negara mahupun kepada atlit yang terlibat.

Ibarat peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya haruslah diterapkan dengan sebenar-benarnya agar matlamat melahirkan lebih ramai jaguh sukan tercapai. Sudah terlalu banyak modal yang dibelanjakan, namun kejayaan atlit negara amatlah menyedihkan. Oleh hal yang demikian, dengan dukungan semua pihak, insya-Allah hala tuju baru oleh KPM ini boleh menatijahkan impak baru kepada dunia sukan untuk sekurang-kurangnya dalam satu dekad akan datang. Malaysia Boleh !!

sumber drp Ishak / diubah suai Cikgu Li