flyer 2014-1

flyer 2014-1

Jumlah Pelawat Blog ini 游览总人数

Sunday, October 28, 2012

FRASA / UNGKAPAN MENARIK

^^Disediakan Agata/ Jayadidik /Usaha Terbilang / Cikgu LI / 18 / 10 / 12 FRASA / UNGKAPAN MENARIK

PENDAHULUAN 1. Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu..... 2. Saban hari, cuping telinga kita dihidangkan oleh media massa tentang .... 3. Menginsafi tuntutan untuk memikul tanggungjawab bersama-sama, maka... 4. Pernahkah terlintas dalam gawang minda .....bahawa.... 5. Sebelum hal ini menjadi barah dan menjadi seperti tanduk di kepala yang tidak dapat digelengkan, ......( setiap orang bertanggungjawab sendiri )

  PUNCA 1. Sebagai memperkukuh penyataan tersebut lagi, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. 2. Kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh di muara pasti bermula dari hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya. 3. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata / kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

LANGKAH 1. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. 2. Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. 3. Yang lebih afdal lagi adalah dengan mencari perencah yang terbaik bagi mengekang gejala ini. 4. Usaha-usaha yang istiqamah, proaktif, pragmatik, dan jitu memerlukan obligasi dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak dan mestilah digerakkan dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah dari langkah yang pertama.

REMAJA 1. Berpeganglah pada kata-kata Bapa Kemerdekaan, Presiden Indonesia yang pertama iaitu Soekarno, “Pemuda mesti bercita-cita besar, meningkat lebih tinggi dari Gunung Singgalang, lebih tinggi dari Gunung Merapi, yang lebih tinggi dari Gunung Tandikit, bahkan harus lebih tinggi dari bintang-bintang di langit, cubalah capai dengan segenap tenagamu.”. 2. Pujangga pernah berkata bahawa generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara. 3. Remaja yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang / belum keras ubun-ubunnya / masih hijau masih tidak dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca / batu kelikir. 4. Hukama-hakama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. 5. Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencintai hiburan. 6. Kekuatan remaja kepada negara dapat dikaitkan dengan kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Soekarno, Presiden Indonesia pertama, “Berikanlah saya 10 orang belia waja, pasti saya akan gegarkan dunia.” 7. Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan aset yang paling berharga. 8. Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kank-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain. 9. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

KELUARGA 1. Anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya. 2. Didikan agama yang mantap – Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. 3. Memetik kata-kata mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah. 4. Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada pelajar kita pada hari terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.

  PENUTUP 1. Setiap anggota masyarakat hendaklah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing dan janganlah sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. 2. Sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang menjamin kelangsungan hidup bermasyarakat yang bebas daripada masalah.... 3. Pihak .. tidak seharusnya bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda, buka hati dan kenali diri. 4. Bertindaklah secara glokal dan berfikirlah secara global. 5. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang…