flyer 2014-1

flyer 2014-1

Jumlah Pelawat Blog ini 游览总人数

Saturday, November 12, 2011

KEPENTINGAN SENYUMAN 微笑的重要



KEPENTINGAN SENYUMAN

Senyuman sebagai sedekah dan paling utama tanda keikhlasan.

Senyuman yang diberikan juga menggambarkan perasaan atau jiwa kita.

Senyuman lambang kesihatan kerana mereka yang sihat jiwanya akan sentiasa tersenyum.

Senyuman juga adalah aksesori atau hiasan semulajadi yang tidak perlu ditambah semula tenaganya kerana ia akan lahir begitu sahaja.

Selain itu senyuman adalah mukadimah pertama yang hebat kerana kuasanya begitu kuat untuk menarik orang lain dekat atau duduk bersama dengan kita.

Senyuman juga lambang kejayaan kerana orang yang banyak tersenyum adalah orang yang berjaya.

Orang yang suka tersenyum adalah mereka yang dekat dengan Allah dan banyak bersyukur.

Tiada dendam dalam jiwa seseorang yang mudah memberi senyuman.

Senyuman yang paling berkesan adalah yang dapat dirasai semua orang.

Selain itu senyuman adalah terapi terbaik untuk penawar sakit jiwa.

Senyum dan ketawa membawa kebaikan kepada badan terutamanya dalam:
  • Memperbaiki sistem pertahanan badan.
  • Membantu mengurangkan tekanan.
  • Mengawal tekanan darah.
  • Merendahkan risiko serangan jantung.
  • Memperbaiki fungsi otak.
  • Meningkatkan kepekaan.
  • Meningkatkan hubungan sosial.
  • Menghasilkan rasa lega serta merta.
  • Menceriakan penampilan.
Senyuman memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan kerja. ini menjadikan kita bersedia dan bersemangat semasa bekerja.



Senjata senyum

Sekali senyum,curiga hilang,dua kali senyum,jadi sahabat,tiga kali senyum, hati penuh damai, empat kali senyum, beban jadi ringan, lima kali senyum, rezeki datang, enam kali senyum keluarga rukun...

No comments:

Post a Comment