flyer 2014-1

flyer 2014-1

Jumlah Pelawat Blog ini 游览总人数

Friday, November 4, 2011

Soalan Fokus SPM -父母所扮演的角色在节俭 方面Isu Berjimat Cermat daripada ibu bapa dan pelbagai pihak

Copy of logo ^^ Disediakan Agata/ Jayadidik / Cikgu LI / 15 / 10 / 11

Soalan Fokus SPM Karangan 2011

1. PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK SIKAP BERJIMAT CERMAT / MENABUNG / MENGATASI KENAIKAN HARGA BARANG DALAM DIRI ANAK2

Kebelakangna ini,kegawatan ekonomi melanda dunia.Malaysia turut tidak terkecuali dalam terkena tempiasnya.Situasi ini memaksa peniaga menaikkan harga barangan.Pada masa inilah,kita dapat melihat pelbagai ragam manusia mengharungi detik getir ini.Ada yang selesa kerana sudah bersedia,ada yang tercungap-cungap bagi meneruskan hidup. Setiap ibu bapa pasti seboleh-bolehnya tidak menginginkan permasalahan kewangan mengganggu pemikiran anak2 mereka. Justeru,amalan berjimat-cermat perlu diterapkan dalam diri anak2 oleh ibu bapa bagi menyiapkan diri mereka seandainya peristiwa ini berulang.
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak2 adalah menjadikan ia sebagai budaya keluarga.Hal ini berlaku demikian kerana suasana keluarga adalah cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak2. Ibu bapa sebagai orang yang paling berpengaruh dalam diri anak2 perlu menjadi contoh yang terbaik kerana anak2 yang meningkat remaja akan meniru gaya dan perlakuan orang dewasa bagi mencari identiti mereka yang sebenar. Justeru,ibu bapa yang menginginkan anak2 mereka agar mengamalkan amalan berjimat-cermat perlu menunjukkan contoh yang terbaik dalam amalan ini sebelum menerapkannya kepada anak2 bagi mengelakkan kejadian umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga.Kadangkala,terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang2 sekeliling walaupun hakikat sebenarnya adalah tidak.Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan ini sebagai budaya keluarga,diharapkan dapat menukar perspektif hidup secepat mungkin bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak2.

Aktiviti membeli-belah merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan.Pada masa inilah waktu yang terbaik bagi ibu bapa mendidik anak2 amalan berjimat-cermat. Ibu bapa harus menyediakan belanjawan dan menyenaraikan barang yang ingin dibeli dapat membezakan antara keperluan dan keinginan.Hal ini juga dapat membantu anak2 menyediakan anggaran perbelanjaan yang akan dikeluarkan.Percayalah,akitiviti tambahan ini tidak akan menjejaskan aktiviti bersama keluarga.

Membuka akaun bank untuk anak2 merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan mereka ke arah berjimat-cermat.Malah,langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak2 untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak sekali gus menyemaikan kemaslahatan prinsip sediakan payung sebelum hujan dalam lubuk hati mereka.

Pemberian wang saku secara bulanan dan bukannya harian adalah ujian penetuan sama ada segala asuhan dan didikan yang diberikan tertanam dengan baik ataupun tidak daripada anak2. Ibu bapa dapat menggunakan cara ini apabila mereka merasakan anak2 sudah cukup besar dan matang bagi menguruskan belanjawan diri sendiri.

Akhir kata,amalan berjimat-cermat adalah satu amalan yang mulia.Tidak mudah bagi setiap ibu bapa memainkan peranan dalam menerapkan amalan ini dalam diri anak2. Namun,kesabaran mereka menjalankan tanggungjawab menepis segala keluh-kesah.

Copy of logo ^^ Disediakan Agata/ Jayadidik / Cikgu LI / 15 / 10 / 11

Soalan Fokus SPM Karangan 2011

2. USAHA MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANG DARIPADA PELBAGAI PIHAK

Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum habis.
Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 perataus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang.
Selain itu, ketua sesebuah keluarga / ibu bapa pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.
Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga minyak.

Orang ramai juga diseru supaya menanam sayur-sayuran di halaman rumah masing-masing. Sebenarnya, cadangan ini pernah dipraktikkan pada 1970-an dengan rancangan Buku Hijau. Ketika dilanda inflasi, khalayak ramai diseru supaya menjalankan penanaman di halaman rumah. Contohnya, hidroponik diperkenalkan kepada masyarakat bandar untuk menanam sayur-sayuran di halaman rumah. Orang ramai tidak patut memandang enteng terhadap hal ini kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Kita boleh menanam sayur-sayuran sebagai hobi untuk mengisi masa senggang. Selain menjamin kesihatan fizikal dan mental, kita dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk membeli sayur-mayur organik tanpa racun serangga. Tindakan ini bagai serampang dua mata. Alangkah baiknya, kita dapat memperoleh cili, tomato, bawang hijau, serai, ulam-ulaman yang segar-bugar dari pasu bunga di halaman rumah kita. Dengan kata lain, penanaman sayur-sayuran di rumah turut menyumbang ke arah inflasi sifar.
Kesimpulannya( 1 ) , kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Semua rakyat Malaysia mestilah bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke lurah sama-sama dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di hujung tanduk ini.

Tuntasnya (2 ) , pihak kerajaan dan Persatuan Pengguna harus berkomitmen untuk menangani masalah inflasi di negara kita. Semua pihak tidak patut bersikap melepaskan batuk di tangga. Bayangkan masih banyak rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan terpaksa menghadapi inflasi. Jangan biarkan cogan kata, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” sebagai slogan sahaja. Lantarannya, kita perlu berganding bahu dan bersinergi untuk menoktahi inflasi di negara kita.

No comments:

Post a Comment