flyer 2014-1

flyer 2014-1

Jumlah Pelawat Blog ini 游览总人数

Thursday, December 20, 2012

PMR 2012 BM RESULT / 2012 PMR 国文科佳绩




恭贺 本院以下考生在 2012年 PMR 国文科 (BM) 考取 A 等佳绩

1.      林俊宏  (8A)
2.      林世敏  (8A)
3.      郑温敏  (8A)
4.      苏善维  (8A)
5.      覃美玲  (8A)
6.      梁国雄  (8A)
7.      陈佳妃  (8A)
8.      林嘉欣  (8A)
9.      陈惠珊  (8A)
10.  林美仪  (8A)
11.  刘恩妤  (8A)
12.  尤觉悉  (8A)
13.  蓝伟胜  (8A)
14.  郑文盛  (8A)
15.  罗志恒  (8A)
16.  孙俊轩  (8A)
17.  黄新汶  (7A)
18.  陈佳希  (7A)


19.  李静盈  (7A)
20.  林佩婷  (7A)
21.  刘杰良  (6A)
22.  唐巧倪  (5A)
23.  覃思萱  (5A)
24.  黄梓建  (5A)
25.  林美琪  (5A)
26.  陈慧燕  (5A)

Wednesday, November 28, 2012

KEPUTUSAN CEMERLANG UPSR 2012 / 2012 UPSR 成绩斐然

我们  成功 了!!!   你呢 ???
SYABAS !!! PELAJAR PELAJAR DI BAWAH MEMPEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM UPSR 2012
恭贺本院 以下考生在 2012 年 UPSR国文科(写作 PENULISAN & 理解 PEMAHAMAN )考取 A 等佳绩

1.   吕思颖 7A新山建聚华小6年级全级第2名)
2.   黄玉美  7A(哥打培华6年级全级第1名)
3.     陈嘉恩  7A哥打培华6年级全级第2名)
4.    蔡咏琪   7A(哥打培华6年级全级第3名)           
5.    陈嘉怡   7A哥打培华6年级全级第4名)            
6.    周忆璇   7A哥打培华6年级全级第6名)                      
7.    苏善茗   7A哥打培华6年级全级第7名)            
8.    林艺田   7A 
9.    韦惠恩   7A                
10. 郑轲昕   7A                
11. 黄艳彤   7A (新哥打华小)
12. 余欣如   7A                
13. 张伟恒   7A                
14. 苏永慧   7A                
15. 钟佩芬   7A                
16. 李翔育   7A     
            
17. 林倩如  6A 1B               
18. 卢芯芸  6A 1B               
19. 李凯泽  6A 1B               
20. 陈美仪  6A 1B                 
21. 王玮泽  6A 1B                
22. 吴祥泓  5A 2B    
23. 何永兴  5A 2B    



Sunday, November 4, 2012

PERANAN REMAJA ( ANDA) MEMBENTUK SAHSIAH DIRI YANG TERPUJI


KARANGAN SOALAN DIMENSI INDIVIDU / DIRI SENDIRI 
Belakangan ini, isu keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja hangat diperkatakan dan membawa impak yang buruk  kepada generasi akan datang. Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Karangan Lengkap


Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

     Berikut adalah sebahagian daripada lirik lagu Remaja persembahan kumpulan nasyid Unic  yang menggambarkan signifikannya peranan remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik semangat ini menyeru  para remaja agar menggunakan masa dengan sebaik-baiknyanya dan mempunyai iltizam yang kuat demi memajukan diri masing-masing.  Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji, remaja akan menjadi anak watan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Remaja kini begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan  sebaya serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara. Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit banyak mempengaruhi akidah remaja kita.  Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta gelodak keinginan  untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah, Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini dikaitkan dengan isu keruntuhan akhlak. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang bak kata pepatah, Air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini begitu hampir dengan saya memandangkan saya juga  seorang insan yang bergelar remaja justeru saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara.

      Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya akan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta iaitu Allah s.w.t. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t.  Saya akan mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami  Al-quran,  mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para sahabat. Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-quran dan hadis itu pastinya akan menjadi sumber  primer saya bagi membina pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna seperti memahami nilai  yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari.  Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan bertanggungjawab semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia. Pengajaran daripada Al-quran dan hadis mampu memberikan anjakan paradigma kepada saya dalam melahirkan segala tindak tanduk berpaksikan tuntutan agama. Jikalau saya tidak memahami kandungan Al-quran ataupun hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau ustazah yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama yang kudsi ini. Saya akan meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan, suasananya yang hening mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan mendalami ilmu agama, saya yakin saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan kemampuan memberikan buah fikiran dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Jelasnya, saya tidak akan terjebak dalam isu keruntuhan akhlak remaja malah menjadi penyumbang kepada generasi masa hadapan yang memiliki sahsiah terpuji.

     Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah dengan menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini, saya Ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup  seperti Si Tanggang atau Si  Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah saya akan berbincang dengan cara yang paling berhemah atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa, Buang yang keruh ambil yang jernih.  Allah telah memberikan kedudukan yang tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka  dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka. Taat kepada ibu bapa adalah amalan yang wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Tegasnya, mentaati ibu bapa mampu menjadikan diri saya sebagai individu yang mempunyai sahsiah diri terpuji dan terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan akhlak.

     Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah dengan menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu berdiri dan berpijak di bumi yang nyata dengan menjadi insan yang sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, ‘Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik”. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai pendorong dan motivasi untuk saya berjaya menjadi modal insan kelas pertama yang mampu mendaki ke puncak menara gading. Guru bukan sahaja sebagai  ibu, bapa, pengajar, pendidik, pengasuh, penasihat dan pembimbing malahan guru adalah segala-galanya bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak berguna di dunia dan di akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah s.w.t. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya mencetuskan rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.

            Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama-sama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan dengan itu, saya akan menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa yang berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan bekerjasama dalam semua bidang kerana Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata-kata pujangga, Berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari.  Saya akan menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat dari aspek dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya kepada orang lain.  Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila berkawan dengan saya sekiranya saya tidak bersikap bagai Buntal kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus hidup saya sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah terpuji.

     Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral. Seseorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan perkara  negatif yang mampu  meruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan yang membisikkan madah berhelah kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa berwaspada dengan ajakan syaitan yang telah berjanji akan menyesatkan umat manusia dek sebab Allah s.w.t. telah mencampakkannya keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. Kesombongan yang merajai di hati syaitan adalah kerana dia diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan kian hari kian diwarisi manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan hinggakan nilai-nilai murni dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba menyesakkan nafas dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang muslim yang cemerlang dan memiliki sahsiah yang terpuji. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Chee pernah menyuarakan pendapat bahawa, para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.  Akhlak yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. Tanggapan pertama orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar.

     Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan mutu akhlak dalam  kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah diri  ini saya yakin akan membentuk saya menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam yang tidak berbelah bahagi, mempunyai nilai kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah s.a.w.  Mutiara kata ulamak tersohor Hamka akan saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini. Menurut beliau, “Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya, tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.”  Tidak akan saya lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada landasan sebenar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan  akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga isu keruntuhan akhlak remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan budaya negatif kepada generasi yang akan datang bak kata peribahasa, Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.Ayuh remaja, bertindaklah segera dalam memainkan peranan anda  dalam mengekang isu keruntuhan akhlak yang sangat sinonim dengan golongan remaja!

16 ISI-ISI JAWAPAN BAGI SOALAN KARANGAN DIMENSI KELUARGA SPM / PMR


 ^^ Disediakan Agata/ Jayadidik / Usaha Terbilang  Cikgu LI
16 ISI-ISI JAWAPAN BAGI SOALAN KARANGAN DIMENSI KELUARGA SPM / PMR


SOALAN

ISI-ISI JAWAPAN

1.       Kes keracuanan makanan sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. Sebagai ibu bapa yang prihatin, panduan perlu diberikan kepada anak-anak supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Ulaskan pernyataan di atas.

1.     Ibu bapa mengajar anak-anak untuk memilih premis / kedai / restoran    makanan yang bersih berdasarkan gred yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan.
2.   Mengamalkan tabiat membersihkan tangan sebelum makan.
3.     Memaklumkan anak-anak tentang cirri-ciri makanan yang tercemar.
4.     Menggalakkan anak-anak membawa bekal dari rumah.
5.     Memantau premis yang menjual makanan di kawasan persekitaran untuk memastikan tahap kebersihan peniaga / pengendali makanan semasa menghantar anak-anak ke sekolah.

2.       Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam membina keluarga bahagia Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia









1.      Memantapkan penerapan ilmu agama dalam diri setiap ahli keluarga.
2.      Mengukuhkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
3.      Mengadakan aktiviti bergotong royong.
4.      Menyelesaikan sesuatu masalah kekeluargaan dengan penuh   semangat muhibah.
5.      Tidak menjadikan perkara remeh temeh sebagai perkara utama sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan.
6.      Membawa ahli keluarga melancong pada masa cuti.
7.      Mengadakan aktiviti yang bersesuaian untuk mengisi masa lapang.


3.       Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumah tangga terutama kepada anak-anak lelaki. Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat pendidikan negara, iaitu memperkasakan pelajar lelaki. Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anaklelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.


1.      Memiliki pegangan agama / jati diri yang utuh.
2.      Berilmu pengetahuan dalam palbagai bidang kehidupan.
3.      Menjadi seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga
4.      Tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
5.      Berdikari dalam apa jua lapangan hidup.
6.      Menghormati dan memelihara hak-hak orang lain


4.Ibu bapa amat berperanan untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam diri anak-anak.
Huraikan langkah-langkah yang wajar diambil oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan ini dalam diri anak-anak.


1.   menyediakan tabung / mendidik anak menabung
2    menyediakan bekalan makanan
3.   menggalakkan anak-anak mengitar semula  barangan terpakai
4.   mendidik anak-anak berbelanja secara berhemah  mengelakkan pembaziran
  5.  menggalakkan anak-anak menjayakan kempen mengamalkan amalan      berjimat cermat oleh pihak kerajaan.



5. Ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan penting dalam melahirkan keluarga yang sihat dan harmoni. Huraikan pendekatan yang patut dijadkan amalan bagi memastikan hasrat tersebut tercapai.


1.       Mengamalkan pemakanan yang seimbang.
2.       Melakukan aktiviti riadah bersama-sama anggota keluarga.
3.       Mengawal gerak-geri dan pergaulan anak-anak
4.       Menghayati amalan / ajaran agama
5.       Menluangkan masa dan prihatin terhadap masalah / perubahan sikap anak-anak.
6.       Prihatin terhadap kesihatan / melakukan pemeriksaan kesihatan ahli keluarga.


6. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak
mementingkan keindahan alam sekitar. Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar.

1.      ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
2.       ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
3.      ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
4.      ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.




7. “Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat”. Oleh itu, generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan amalan pemakanan seimbang.
Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan seimbang. Beri komen anda.

1.       Ibu bapa menyediakan makanan seimbang di rumah
2.       Ibu bapa membekalkan makanan yang dimasak sendiri sebagai bekalan ke sekolah
3.       Ibu bapa mendedahkan keburukan makanan segera atau makanan ringan
4.       Ibu bapa mengurangkan tabiat makan di luar sama ada restorai atau gerai.
5.       Ibu bapa member pendedahan kepada anak-anak tentang kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang

8. Semangat kejiranan semakin dilupakan oleh masyarakat sekarang.  Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan
oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak.

1.      Mengadakan rumah terbuka
2.      Melibatkan diri dalam aktiviti kejiranan di kawasan tempat tinggal seperti gotong royong, hari kelurga dan sambutan hari perayaan
3.      Mendidik anak-anak dengan nilai-nilai mengambil berat tentang jiran
4.      Menyertai sukan komuniti yang dianjurkan oleh JKK – sukan rakyat
5.      Ibu bapa menjadi suri teladan contoh berbaik dengan jiran, sring bertegur sapa, mengambil tahu hal yang berlaku kepada jiran.

9.Aktiviti sukan dapat melahirkan badan yang sihat dan otak yang cerdas. Oleh sebab itu generasi kini perlu dididik untuk menceburi bidang sukan. Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak berksukan.

1.       Memberi dorongan dan motivasi – insentif kepada anak-anak
2.       Menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan di sekolah
3.       Menjadi suri teladan / model kepada anak-anak
4.       Membawa anak-anak menyaksikan pesta sukan
5.       Menyediakan kemudahan sukan yang lebih lengkap

10.Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluargadapat mernbentuk masyarakat penyayang.Berlkan pandangan anda tentang peranan ibu bapa datam melahirkan indlvidu yang penyayang.
1.      Ibu bapa memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak sejak kecil lagi.
2.      Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak
3.      Ibu bapa bersikap prihatin dan sentiasa berkongsi masalah dengan anak-anak.
4.      Ibu bapa menekankan pendidikan agama atau pendidikan moral
5.      Ibu bapa menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat.
6.      Ibu bapa menerapkan nilai kasih sayang dalam kehidupan harian anak-anak / keluarga mereka.

11.Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka. Bincangkan.






1.      Memperuntukan masa berkualiti bersama anak-anak
2.       Memnekankan kecemerlangan akademik
3.      Penghayatan terhadap ilmu agama
4.       Menyelami perasaan atau masalah dialami anak-anak
5.      Memenuhi keperluan anak-anak
6.      Mengenali rakan anak-anak masing-masing





12. Era globalisasi hari ini memerlukan rakyat Malaysia mengamalkan budaya membaca untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan. Malangnya tahap membaca dalam kalangan masyarakat masih rendah. Hal ini menuntut penglibatan ibu bapa bagi menyemai tabiat membaca sejak anak-anak masih kecil.

Jelaskan bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan melahirkan masyarakat membaca.


1.      Menggunakan masa berkualiti bersama-sama anak-anak membaca di rumah.
2.      Membawa anak-anak ke perpustakaan
3.      mengadakan perpustakaan mini di rumah
4.      memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk membeli buku/ bahan bacaan untuk anak-anak.
5.      Menggalakkan anak-anak menyertai projek bacaan NILAM
6.      Memberi ganjaran / hadiah rangsangan kepada anak-anak yang membaca lebih banyak buku.

13. Pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat lebih berkesan jika bermula dari rumah.Bincangkan peranan keluarga dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak.
1.      Ibu bapa menyempurnakan didikan agama kepada anak-anak sejak kecil.
2.      Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.
3.      Ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kemasyarakatan.
4.      Ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah- ilmu pengetahuan
5.      Ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai  PLKN
14.Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudayakan amalan membaca dalam kalngan anak-anak.Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan amalan membacamenjadi budaya dalam keluarga mereka.
1.         Ibu bapa menunjukkan teladan kepada anak-anak.
2.         Ibu bapa membeli bahan bacaan yang dapat mencetuskan minat membaca kepada anak-anak.
3.         Ibu bapa menyediakan suasana / keadaan kondusif di rumah untuk anak-anak membaca seperti perpustakaan mini
4.         Ibu bapa membawa anak-anak ke perpustakaan, pameran buku dan lain-lain.
5.         Ibu bapa memberi hadiah kepada anak-anak yang banyak membaca.
6.         Ibu bapa memperuntukkan sebahagian daripada gaji bulan mereka untuk membeli bahan bacaan.
7.         Ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas-kelas belajar membaca.


15.Kegilaan terhadap pelbagai program televisyen realiti menyebabkan tumpuan anak-anak dalam bidang pelajaran terabai.

Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anak-anak terhadap program realiti.

1.       Memilih program realiti yang sesuai dengan bakat dan minat anak
2.       Mengehadkan waktu menonton televisyen – menyediakan jadual menonton
3.       Melarang anak-anak daripada menonton jika melalaikan mereka terhadap pelajaran
4.       Memantau / membimbing rancangan yang ditonton oleh anak-anak
5.       Menyediakan aktiviti alternatif – seperti bersukan, membaca, beriadah


16. Ibu bapa berperanan membentuk akhlak dan merupakan penentu kejayaan akademik anak-anak. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
1.      Memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral sejak kecil lagi.
2.      Member nasihat, teguran dan tunjuk ajar
3.      Menjadikan diri sebagai contoh terbaik / idola terbaik kepada (Suri Teladan)
4.      Menyediakan keperluan pembelajaran yang sempurna kepada anak-anak.
5.      Menghantar anak-anak mengikuti kelas-kelas tambahan dan tuisyen
6.      Member dorongan dan motivasi – hadiah apabila Berjaya dalam peperiksaan
7.      Mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah tentang prestasi akademik dan sahsiah anak-anak.