KARANGAN BERPANDU SPM
Cara-cara menyayangi sekolah
ISI-ISI
i. Tidak merosakkan harta benda sekolah
ii. Mematuhi peraturan-peraturan sekolah
iii Menaikkan nama sekolah
Sekolah
merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti
bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan yang
disediakan kepada anak-anak di sekolah mampu menyediakan modal insan yang
berilmu pengetahuan. Hal ini selari dengan aspirasi Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berazam untuk menyediakan pendidikan
yang berkualiti kepada anak-anak agar mereka mampu bersaing dalam dunia
globalisasi yang semakin mencabar kini. Hasrat ini dapat direalisasikan jika
murid-murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah masing-masing. Pada
pendapat saya, pelbagai cara boleh dilakukan oleh murid-murid untuk menyayangi
sekolah.
Seseorang
murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah jika mereka tidak
merosakkan harta benda yang disediakan. Harta benda sekolah
seperti meja, kerusi, tandas, telefon, peralatan sukan dan sebagainya perlu
dijaga dengan baik. Hal ini kerana harta benda sekolah merupakan aset negara
yang perlu dikongsi secara bersama dengan murid-murid lain selain memerlukan
bajet yang tinggi untuk menyediakannya. Jika murid-murid melakukan vandalisme,
iaitu merosakkan harta benda sekolah, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan
lain untuk membaiki kerosakan tersebut. Hal ini sudah tentu akan merugikan
kerajaan kerana peruntukan yang disalurkan untuk sektor lain terpaksa diambil
untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Sebagai
buktinya, YB Dr. Mohd Puad Zarkashi merangkap Timbalan Menteri Pelajaran
telah memaklumkan bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM12.5 juta
pada tahun lalu untuk membaiki kerosakan harta benda sekolah. Keadaan ini
sangat mendukacitakan kerana peruntukan tersebut sepatutnya boleh disalurkan
untuk menyediakan kemudahan lain kepada murid agar mereka dapat belajar dengan
sempurna. Jadi jelas menunjukkan bahawa menjaga harta benda sekolah dengan baik
merupakan cara yang boleh ditunjukkan oleh murid sebagai tanda menyayangi
sekolah.
Selain itu, murid-murid juga boleh menunjukkan rasa sayang
akan sekolah dengan cara mematuhi peraturan sekolah. Peraturan yang
digubal oleh pihak sekolah adalah untuk mendidik murid supaya berdisiplin dan
menjadi insan yang sempurna. Segelintir murid menganggap peraturan yang
ditetapkan oleh pihak sekolah adalah untuk menyekat kebebasan mereka sebagai
orang muda. Mereka menganggap jiwa remaja tidak harus disekat dan mereka bebas
untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi tuntutan remaja. Tanggapan sedemikian
adalah salah kerana peraturan yang digubal mampu membina jati diri murid yang
kukuh. Peraturan yang dirangka oleh pihak sekolah sebenarnya adalah untuk
memudahkan pengurusan murid serta mengelakkan murid terlibat dengan salah saku
disiplin kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas. Sebagai
contoh, jika pelajar bergaduh di asrama dan kes tersebut tersebar di
akhbar, sudah tentu murid tersebut akan dikenakan tindakan disiplin seperti
gantung persekolahan atau buang sekolah. Kes tersebut secara tidak
langsung telah menggelapkan masa depan murid dan pada masa yang sama telah
mencemarkan nama baik sekolah. Oleh itu, murid-murid perlu mematuhi peraturan
supaya nama baik sekolah dapat dijaga sekali gus menunjukkan rasa sayang pada
sekolah.
Di samping
itu, menaikkan nama sekolah di pentas nasional dan
antarabangsa juga merupakan cara yang boleh ditunjukkan untuk menyayangi sekolah.
Selain bertanggungjawab menjaga nama baik sekolah, murid-murid juga perlu
menaikkan nama sekolah dengan kejayaan-kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum
atau kokurikulum. Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh pelajar dapat menaikkan
imej sekolah pada kaca mata komuniti. Sekolah lain akan datang melawat
untuk melihat kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Lebih manis lagi, sekolah
akan diberikan anugerah oleh pihak kementerian atas kejayaan yang diraih. Sebagai contoh, kejayaan Mohd Ammar Mokhtar
mewakili negara ke Cape Town, Afrika Selatan dalam pertandingan berkaitan
dengan neurologi telah menaikkan nama Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad
Faris Petra di pentas antarabangsa. Kejayaan Mohd Ammar itu menyebabkan
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah dipilih sekolah angkat
Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai jaringan dengan institusi pengajian
tinggi. Jadi, sudah terang lagi
bersuluh bahawa pelajar boleh menunjukkan cara menyayangi sekolah mereka dengan
cara menaikkan nama sekolah.
Kesimpulannya, murid-murid
bertanggungjawab terhadap sekolah mereka. Mereka perlu menyayangi sekolah
masing-masing kerana di situlah tempat mereka menimba ilmu dan membina masa
depan. Sekolah juga menjadi tempat murid-murid mengaut pengalaman untuk menjadi
insan yang seimbang. Jadi, tugas menjaga nama baik sekolah perlu menjadi
keutamaan murid-murid. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit kerana kejayaan
seseorang adalah bermula daripada seorang guru sekolah.
(Karangan
penulis ini berdasarkan soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2012 negeri Terengganu)
^Disediakan Agata/ Jayadidik /
Usaha Terbilang Cikgu LI / 2 / 10 / 2013
CARA-CARA MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH
SEKOLAH IALAH TEMPAT KITA BELAJAR DAN MENIMBA ILMU.
LANTARANNYA PERSEKITARAN KAWASAN SEKOLAH YANG KONDUSIF AKAN MEMPENGARUHI KESELESAAN
DAN KEBERKESANAN PELAJAR MENUNTUT ILMU DAN MENELAAH PELAJARAN. SEBAGAI PELAJAR,
KITA SEHARUSNYA MENJAGA KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN SEKOLAH. SETIAP PELAJAR AKAN
BERASA SELESA JIKA PERSEKITARAN SEKOLAHNYA BERSIH DAN CERIA. BAK KATA
PERIBAHASA, “HENDAK SERIBU DAYA, TAK
HENDAK DALIH.” OLEH ITU, PIHAK SEKOLAH PERLU MENGATUR STRATEGI YANG
BERKESAN UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH.
SALAH SATU LANGKAH YANG DOMINAN
UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH ADALAH DENGAN
MENGADAKAN PROGRAM BERGOTONG-ROYONG. AKTIVITI BERGOTONG ROYONG HARUS
DIADAKAN SECARA BERKALA UNTUK MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH. AKTIVITI INI PERLU
MELIBATKAN SEISI WARGA SEKOLAH. GOTONG-ROYONG BERTUJUAN UNTUK MEMASTIKAN SETIAP
WARGA SEKOLAH DAPAT BEKERJASAMA UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN SEKOLAH. SELAIN ITU,
KERJA DAPAT DISIAPKAN DENGAN CEPAT DAN MUDAH, BAK KATA PEPATAH, YANG
BERAT SAMA DIPIKUL, YANG RINGAN SAMA DENGAN DIJINJING. PADA
HUJUNG MINGGU,PELAJAR SEKOLAH BOLEH HADIR UNTUK AKTIVITI GOTONG-ROYONG.
CONTOHNYA, PELAJAR DIKEHENDAKI MEMUNGUT SAMPAH ATAU MEMBERSIHKAN LONGKANG.
TINDAKAN YANG SETERUSNYA
ADALAH MENGADAKAN TAMAN BUNGA DI SEKOLAH.
“PROGRAM SEKOLAH DALAM TAMAN”
PATUT DIADAKAN DENGAN MENANAM POKOK-POKOK BUNGA DAN TUMBUH-TUMBUHAN YANG
MENGHIJAU DI KAWASAN SEKOLAH. LANTARANNYA PERSEKITARAN SEKOLAH LEBIH NYAMAN DAN
BERUDARA SEGAR. DALAM SITUASI INI, PELAJAR-PELAJAR JUGA BOLEH MEMBAWA POKOK
BUNGA DARI RUMAH UNTUK DITANAM DI KAWASAN SEKOLAH. LANDSKAP SEKOLAH JUGA PATUT
DILENGKAPI DENGAN KOLAM IKAN DAN GUNUNG-GUNUNGAN SERTA PONDOK ATAU BEBALAI
UNTUK MEMBACA. NESCAYA PELAJAR LEBIH SELASA DAN MINAT UNTUK MENUNTUT ILMU DALAM
PERSEKITARAN SEPERTI TAMAN DARIPADA BANGUNAN KONKRIT YANG KAKU.
DI SAMPING ITU PIHAK SEKOLAH BOLEH MENGECAT BANGUNAN SEMULA. MENGECAT
BANGUNAN BOLEH MENCANTIKKAN SEKOLAH. PELAJAR JUGA AKAN BERASA SERONOK UNTUK
DATANG KE SEKOLAH YANG BERSERI-SERI. COGAN KATA ADA MENYATAKAN , “SEKOLAHKU SYURGAKU.” DENGAN BANTUAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, PIHAK SEKOLAH BOLEH MENYEDIAKAN CAT DAN BERUS CAT.
PELAJAR JUGA BOLEH BEKERJASAMA BAGAI KE BUKIT SAMA DIDAKI, KE LURAH SAMA
DITURUNI UNTUK MENGECAT PAGAR DAN DINDING BANGUNAN SEKOLAH. KELAB ATAU PERSATUAN
KOKURIKULUM JUGA DIGALAKKAN MELUKIS DI DINDING SEKOLAH. MEREKA BOLEH MELUKIS
GAMBAR LANDSKAP, PEMANDANGAN, LUKISAN DAN CORAK SERTA COGAN KATA. DALAM KONTEKS
INI, SEKOLAH KELIHATAN LEBIH CANTIK DAN LEBIH SESUAI UNTUK BELAJAR.
DALAM PADA ITU, PERTANDINGAN KELAS TERBERSIH PERLU DIADAKAN SETIAP
MINGGU. MELALUI AKTIVITI INI, SETIAP PELAJAR AKAN MENJALANKAN TUGAS
MASING-MASING UNTUK MEMBERSIHKAN KELAS MEREKA, SEPERTI MENGELAP CERMIN TINGKAP,
MENYAPU LANTAI DAN MEMASTIKAN SUSUNAN MEJA DAN KERUSI SENTIASA BERADA DALAM
KEADAAN YANG KEMAS DAN TERATUR. GURU BERTUGAS HARIAN AKAN MEMANTAU DAN MENILAI
KEBERSIHAN KELAS SETIAP HARI. NAMA KELAS YANG TERBERSIH DAN TERKOTOR AKAN
DIUMUMKAN DALAM PERHIMPUNAN MINGGUAN. KELAS TERBERSIH AKAN DIBERIKAN SIJIL
PENGHARGAAN SEBAGAI GANJARAN. SEBALIKNYA KELAS TERKOTOR PULA PERLU DIBERI
HUKUMAN SEBAGAI PENGAJARAN SUPAYA PELAJAR-PELAJAR LEBIH PRIHATIN AKAN
KEBERSIHAN KELAS MEREKA PADA MASA YANG AKAN DATANG. CONTOHNYA, ANTARA
BENTUK DENDA YANG BOLEH DILAKSANAKAN IALAH DENGAN MENJALANKAN AKTIVITI
PEMBERSIHAN, SEPERTI MENCUCI TANDAS, KANTIN, MEMBERSIHKAN KAWASAN PADANG DAN
SEBAGAINYA. MEMANG TIDAK SYAK LAGI, DENGAN ADANYA AKTIVITI SEUMPAMA INI
PELAJAR AKAN TERDIDIK DAN TERBIASA UNTUK SENTIASA MENGAMALKAN TABIAT MENJAGA
KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN MEREKA, BAK
KATA PEPATAH, ALAH BISA TEGAL
BIASA.
SELAIN ITU, SEKOLAH JUGA PERLU MENJALANKAN PROGRAM 3K. PROGRAM 3K BERMAKSUD MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN, KEINDAHAN DAN KESELAMATAN. DALAM PROGRAM INI, PIHAK SEKOLAH PERLU MEMASTIKAN KAWASAN SEKOLAH DALAM KEADAAN YANG BERSIH, INDAH DAN SELAMAT. HAL INI DEMIKIAN KERANA PIHAK SEKOLAH SENTIASA MENGADAKAN PEMERIKSAAN DAN PENYELIAAN DARI SEMASA KE SEMASA. LEBIH-LEBIH LAGI, PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN AKAN MEMBUAT PEMANTAUAN TERHADAP SEKOLAH TERSEBUT. HAL INI AKAN MENJADI PEMANGIKIN DAN MENIUPSEMANGAT PIHAK SEKOLAH UNTUK MEMASTIKAN PROGRAM BERJAYA DIADAKAN. NAMUN DEMIKIAN, PROGRAM 3K MEMERLUKAN KOMITMEN DARIPADA SELURUH WARGA SEKOLAH. SEBAGAI IMPAKNYA, SEKIRANYA SEMUA WARGA SEKOLAH BEKERJA SAMA DAN BERGANDING BAHU BAGAI AUR DENGAN TEBING DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM INI, IMPIAN UNTUK MENJADIKAN SEKOLAH SEBAGAI SEBUAH TEMPAT MENUNTUT ILMU YANG INDAH, BERSIH DAN SELAMAT AKAN TERCAPAI
INTIHANYA, SEMUA WARGA
SEKOLAH HENDAKLAH BEKERJASAMA UNTUK MENCERIAKAN SEKOLAH KERANA SEKOLAH YANG
BERSIH DAN CERIA AKAN MENYEDIAKAN SUASANA YANG SANGAT KONDUSIF UNTUK AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERLAKU DENGAN BERKESAN. DALAM HAL INI,
GURU,PELAJAR-PELAJAR DAN KAKITANGAN SOKONGAN SEKOLAH PERLU MELANGKAH SEDERAP UNTUK
SENTIASA MENJAGA PERSEKITARAN SEKOLAH SUPAYA BERSIH DAN CERIA. SEKOLAH
CERIA, PELAJAR GEMBIRA, GURU BAHAGIA.