flyer 2014-1

flyer 2014-1

Jumlah Pelawat Blog ini 游览总人数

Sunday, October 20, 2013

KARANGAN BERPANDU SPM
Cara-cara menyayangi sekolah

ISI-ISI
i.  Tidak merosakkan harta benda sekolah
ii. Mematuhi peraturan-peraturan sekolah
iii Menaikkan nama sekolah

Sekolah merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan yang disediakan kepada anak-anak di sekolah mampu menyediakan modal insan yang berilmu pengetahuan. Hal ini selari dengan aspirasi Perdana Menteri,  Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berazam untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak agar mereka mampu bersaing dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar kini. Hasrat ini dapat direalisasikan jika murid-murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah masing-masing. Pada pendapat saya, pelbagai cara boleh dilakukan oleh murid-murid untuk menyayangi sekolah.

Seseorang murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah jika mereka tidak merosakkan harta benda yang disediakan. Harta benda sekolah seperti meja, kerusi, tandas, telefon, peralatan sukan dan sebagainya perlu dijaga dengan baik. Hal ini kerana harta benda sekolah merupakan aset negara yang perlu dikongsi secara bersama dengan murid-murid lain selain memerlukan bajet yang tinggi untuk menyediakannya. Jika murid-murid melakukan vandalisme, iaitu merosakkan harta benda sekolah, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan lain untuk membaiki kerosakan tersebut. Hal ini sudah tentu akan merugikan kerajaan kerana peruntukan yang disalurkan untuk sektor lain terpaksa diambil untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Sebagai buktinya,  YB Dr. Mohd Puad Zarkashi merangkap Timbalan Menteri Pelajaran telah memaklumkan bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM12.5 juta pada tahun lalu untuk membaiki kerosakan harta benda sekolah. Keadaan ini sangat mendukacitakan kerana peruntukan tersebut sepatutnya boleh disalurkan untuk menyediakan kemudahan lain kepada murid agar mereka dapat belajar dengan sempurna. Jadi jelas menunjukkan bahawa menjaga harta benda sekolah dengan baik merupakan cara yang boleh ditunjukkan oleh murid sebagai tanda menyayangi sekolah.

Selain itu, murid-murid juga boleh menunjukkan rasa sayang akan sekolah dengan cara mematuhi peraturan sekolah. Peraturan yang digubal oleh pihak sekolah adalah untuk mendidik murid supaya berdisiplin dan menjadi insan yang sempurna. Segelintir murid menganggap peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah untuk menyekat kebebasan mereka sebagai orang muda. Mereka menganggap jiwa remaja tidak harus disekat dan mereka bebas untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi tuntutan remaja. Tanggapan sedemikian adalah salah kerana peraturan yang digubal mampu membina jati diri murid yang kukuh. Peraturan yang dirangka oleh pihak sekolah sebenarnya adalah untuk memudahkan pengurusan murid serta mengelakkan murid terlibat dengan salah saku disiplin kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, jika pelajar  bergaduh di asrama dan kes tersebut tersebar di akhbar, sudah tentu murid tersebut akan dikenakan tindakan disiplin seperti gantung persekolahan atau buang sekolah. Kes  tersebut secara tidak langsung telah menggelapkan masa depan murid dan pada masa yang sama telah mencemarkan nama baik sekolah. Oleh itu, murid-murid perlu mematuhi peraturan supaya nama baik sekolah dapat dijaga sekali gus menunjukkan rasa sayang pada sekolah.
Di samping itu, menaikkan nama sekolah di pentas nasional dan antarabangsa juga merupakan cara yang boleh ditunjukkan untuk menyayangi sekolah. Selain bertanggungjawab menjaga nama baik sekolah, murid-murid juga perlu menaikkan nama sekolah dengan kejayaan-kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh pelajar dapat menaikkan imej sekolah pada kaca mata komuniti.  Sekolah lain akan datang melawat untuk melihat kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Lebih manis lagi, sekolah akan diberikan anugerah oleh pihak kementerian atas kejayaan yang diraih. Sebagai contoh, kejayaan Mohd Ammar Mokhtar mewakili negara ke Cape Town, Afrika Selatan dalam pertandingan berkaitan dengan neurologi telah menaikkan nama Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di pentas antarabangsa. Kejayaan Mohd Ammar itu  menyebabkan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah dipilih sekolah angkat Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai jaringan dengan institusi pengajian tinggi.  Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelajar boleh menunjukkan cara menyayangi sekolah mereka dengan cara menaikkan nama sekolah.

Kesimpulannya, murid-murid bertanggungjawab terhadap sekolah mereka. Mereka perlu menyayangi sekolah masing-masing kerana di situlah tempat mereka menimba ilmu dan membina masa depan. Sekolah juga menjadi tempat murid-murid mengaut pengalaman untuk menjadi insan yang seimbang. Jadi, tugas menjaga nama baik sekolah perlu menjadi keutamaan murid-murid. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit kerana kejayaan seseorang adalah bermula daripada seorang guru sekolah.
(Karangan penulis ini berdasarkan soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2012 negeri Terengganu)


Description: Copy of logoDescription: C:\Documents and Settings\FAMILY\My Documents\My Pictures\MP Navigator EX\2011_12_03\IMG_0002.jpg
^Disediakan Agata/ Jayadidik / Usaha Terbilang  Cikgu LI / 2 / 10 / 2013
CARA-CARA MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH
         SEKOLAH IALAH TEMPAT KITA BELAJAR DAN MENIMBA ILMU. LANTARANNYA PERSEKITARAN KAWASAN SEKOLAH YANG KONDUSIF AKAN MEMPENGARUHI KESELESAAN DAN KEBERKESANAN PELAJAR MENUNTUT ILMU DAN MENELAAH PELAJARAN. SEBAGAI PELAJAR, KITA SEHARUSNYA MENJAGA KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN SEKOLAH. SETIAP PELAJAR AKAN BERASA SELESA JIKA PERSEKITARAN SEKOLAHNYA BERSIH DAN CERIA. BAK KATA PERIBAHASA, “HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK DALIH.” OLEH ITU, PIHAK SEKOLAH PERLU MENGATUR STRATEGI YANG BERKESAN UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH. 
  
            SALAH SATU LANGKAH YANG DOMINAN UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH ADALAH DENGAN MENGADAKAN PROGRAM BERGOTONG-ROYONG. AKTIVITI BERGOTONG ROYONG HARUS DIADAKAN SECARA BERKALA UNTUK MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH. AKTIVITI INI PERLU MELIBATKAN SEISI WARGA SEKOLAH. GOTONG-ROYONG BERTUJUAN UNTUK MEMASTIKAN SETIAP WARGA SEKOLAH DAPAT BEKERJASAMA UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN SEKOLAH. SELAIN ITU, KERJA DAPAT DISIAPKAN DENGAN CEPAT DAN MUDAH, BAK KATA PEPATAH, YANG BERAT SAMA DIPIKUL, YANG RINGAN SAMA DENGAN DIJINJING. PADA HUJUNG MINGGU,PELAJAR SEKOLAH BOLEH HADIR UNTUK AKTIVITI GOTONG-ROYONG. CONTOHNYA, PELAJAR DIKEHENDAKI MEMUNGUT SAMPAH ATAU MEMBERSIHKAN LONGKANG.
            
             TINDAKAN YANG SETERUSNYA ADALAH MENGADAKAN TAMAN BUNGA DI SEKOLAH. “PROGRAM SEKOLAH DALAM TAMAN” PATUT DIADAKAN DENGAN MENANAM POKOK-POKOK BUNGA DAN TUMBUH-TUMBUHAN YANG MENGHIJAU DI KAWASAN SEKOLAH. LANTARANNYA PERSEKITARAN SEKOLAH LEBIH NYAMAN DAN BERUDARA SEGAR. DALAM SITUASI INI, PELAJAR-PELAJAR JUGA BOLEH MEMBAWA POKOK BUNGA DARI RUMAH UNTUK DITANAM DI KAWASAN SEKOLAH. LANDSKAP SEKOLAH JUGA PATUT DILENGKAPI DENGAN KOLAM IKAN DAN GUNUNG-GUNUNGAN SERTA PONDOK ATAU BEBALAI UNTUK MEMBACA. NESCAYA PELAJAR LEBIH SELASA DAN MINAT UNTUK MENUNTUT ILMU DALAM PERSEKITARAN SEPERTI TAMAN DARIPADA BANGUNAN KONKRIT YANG KAKU.
                         DI SAMPING ITU PIHAK SEKOLAH BOLEH MENGECAT BANGUNAN SEMULA. MENGECAT BANGUNAN BOLEH MENCANTIKKAN SEKOLAH. PELAJAR JUGA AKAN BERASA SERONOK UNTUK DATANG KE SEKOLAH YANG BERSERI-SERI. COGAN KATA ADA MENYATAKAN , “SEKOLAHKU SYURGAKU.” DENGAN BANTUAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, PIHAK SEKOLAH BOLEH MENYEDIAKAN CAT DAN BERUS CAT. PELAJAR JUGA BOLEH BEKERJASAMA BAGAI KE BUKIT SAMA DIDAKI, KE LURAH SAMA DITURUNI UNTUK MENGECAT PAGAR DAN DINDING BANGUNAN SEKOLAH. KELAB ATAU PERSATUAN KOKURIKULUM JUGA DIGALAKKAN MELUKIS DI DINDING SEKOLAH. MEREKA BOLEH MELUKIS GAMBAR LANDSKAP, PEMANDANGAN, LUKISAN DAN CORAK SERTA COGAN KATA. DALAM KONTEKS INI, SEKOLAH KELIHATAN LEBIH CANTIK DAN LEBIH SESUAI UNTUK BELAJAR.    
                        DALAM PADA ITU, PERTANDINGAN KELAS TERBERSIH PERLU DIADAKAN SETIAP MINGGU. MELALUI AKTIVITI INI, SETIAP PELAJAR AKAN MENJALANKAN TUGAS MASING-MASING UNTUK MEMBERSIHKAN KELAS MEREKA, SEPERTI MENGELAP CERMIN TINGKAP, MENYAPU LANTAI DAN MEMASTIKAN SUSUNAN MEJA DAN KERUSI SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN YANG KEMAS DAN TERATUR. GURU BERTUGAS HARIAN AKAN MEMANTAU DAN MENILAI KEBERSIHAN KELAS SETIAP HARI. NAMA KELAS YANG TERBERSIH DAN TERKOTOR AKAN DIUMUMKAN DALAM PERHIMPUNAN MINGGUAN. KELAS TERBERSIH AKAN DIBERIKAN SIJIL PENGHARGAAN SEBAGAI GANJARAN.  SEBALIKNYA KELAS TERKOTOR PULA PERLU DIBERI HUKUMAN SEBAGAI PENGAJARAN SUPAYA PELAJAR-PELAJAR LEBIH PRIHATIN AKAN KEBERSIHAN KELAS MEREKA PADA MASA YANG AKAN DATANG.  CONTOHNYA, ANTARA BENTUK DENDA YANG BOLEH DILAKSANAKAN IALAH DENGAN MENJALANKAN AKTIVITI PEMBERSIHAN, SEPERTI MENCUCI TANDAS, KANTIN, MEMBERSIHKAN KAWASAN PADANG DAN SEBAGAINYA.   MEMANG TIDAK SYAK LAGI, DENGAN ADANYA AKTIVITI SEUMPAMA INI PELAJAR AKAN TERDIDIK DAN TERBIASA UNTUK SENTIASA MENGAMALKAN TABIAT MENJAGA KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN MEREKA, BAK KATA PEPATAH, ALAH BISA TEGAL BIASA.

             SELAIN ITU, SEKOLAH JUGA PERLU MENJALANKAN PROGRAM 3K. PROGRAM 3K BERMAKSUD MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN, KEINDAHAN DAN KESELAMATAN. DALAM PROGRAM INI, PIHAK SEKOLAH PERLU MEMASTIKAN KAWASAN SEKOLAH DALAM KEADAAN YANG BERSIH, INDAH DAN SELAMAT. HAL INI DEMIKIAN KERANA PIHAK SEKOLAH SENTIASA MENGADAKAN PEMERIKSAAN DAN PENYELIAAN DARI SEMASA KE SEMASA. LEBIH-LEBIH LAGI, PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN AKAN MEMBUAT PEMANTAUAN TERHADAP SEKOLAH TERSEBUT. HAL INI AKAN MENJADI PEMANGIKIN DAN MENIUPSEMANGAT PIHAK SEKOLAH UNTUK MEMASTIKAN PROGRAM BERJAYA DIADAKAN. NAMUN DEMIKIAN, PROGRAM 3K MEMERLUKAN KOMITMEN DARIPADA SELURUH WARGA SEKOLAH. SEBAGAI IMPAKNYA, SEKIRANYA SEMUA WARGA SEKOLAH BEKERJA SAMA DAN BERGANDING BAHU BAGAI AUR DENGAN TEBING DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM INI, IMPIAN UNTUK MENJADIKAN SEKOLAH SEBAGAI SEBUAH TEMPAT MENUNTUT ILMU YANG INDAH, BERSIH DAN SELAMAT AKAN TERCAPAI

    INTIHANYA, SEMUA WARGA SEKOLAH HENDAKLAH BEKERJASAMA UNTUK MENCERIAKAN SEKOLAH KERANA SEKOLAH YANG BERSIH DAN CERIA AKAN MENYEDIAKAN SUASANA YANG SANGAT KONDUSIF UNTUK AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERLAKU DENGAN BERKESAN.  DALAM HAL INI, GURU,PELAJAR-PELAJAR DAN KAKITANGAN SOKONGAN SEKOLAH PERLU MELANGKAH SEDERAP UNTUK SENTIASA MENJAGA PERSEKITARAN SEKOLAH SUPAYA BERSIH DAN CERIA.  SEKOLAH CERIA, PELAJAR GEMBIRA, GURU BAHAGIA.




No comments:

Post a Comment