KEPENTINGAN AKTIVITI ( RIADAH ) ATAU REKREASI KEPADA MASYARAKAT
Pada era globalisasi ini, masyarakat
seakan terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi lantas sering mengabaikan
amalan gaya hidup sihat terutamanya amalan beriadah atau rekreasi. Hal ini
demikian kerana mereka terlalu memandang enteng kepentingan aktiviti
rekreasi. Tanpa mereka sedari, sebenarnya terdapat varia kepentingan rekreasi
kepada masyarakat. / ATAU/
Marcapada
ini,seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, masyarakat
kita sering berlumba-lumba mengejar unsur kemewahan. Tanggapan kekayaan
merupakan kunci kepada segala kesenangan sudah sebati dalam kehidupan mereka
sehingga mereka alpa akan kepentingan aktiviti riadah yang menjadi salah satu
amalan dalam mempraktikkan gaya hidup sihat. Sesungguhnya, aktivit rekreasi dan
riadah yang boleh didefinsikan sebagai segala kegiatan yang dilakukan pada
waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan dan fikiran merupakan elemen yang
penting dalam menjayakan segala aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran
terhadap kepentingan mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi sebelum
nasi menjadi bubur.
Antara maslahat rekreasi kepada masyarakat
adalah mampu mengeratkan hubungan sama ada hubungan dengan komuniti
setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini demikian
kerana melalui aktiviti rekreasi, individu akan bertegur sapa dengan individu
lain di sekelilingnya, lantas mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya,
melalui amalan rekreasi, kita dapat berbual mesra dengan jiran tetangga.
Jelaslah bahawa, rekreasi mampu mengeratkan hubungan antara individu dengan
individu lain.
Selain itu, aktiviti rekreasi juga mampu
memberi ketenangan jiwa kepada anggota masyarakat. Hal ini demikian
kerana melalui aktiviti riadah, masyarakat dapat menghayati keindahan alam
sekitar yang saujana mata memandang. Contohnya, melalui aktiviti senaman
seperti berjoging, masyarakat akan dapat menghirup dan menikmati angin
sepoi-sepoi bahasa yang segar, seterusnya mampu memberi kedamaian jiwa. Oleh
hal yang demikian, aktiviti rekreasi dilihat mampu menjadi landasan utama
masyarakat bagi melapangkan fikiran.
Di samping itu, amalan rekreasi amat
signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan yang menyihatkan seperti
berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti terjunan udara
mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit koronari.
Contohnya, melalui aktiviti terutamanya
sukan ekstrem yang menjadi kegilaan pemuda pemudi, anggota masyarakat dapat
meningkatkan kadar metabolisme yang baik untuk tubuh. Sudah terang lagi bersuluh,
amalan rekreasi mampu menyihatkan badan bagi menjayakan visi Malaysia Cergas
Seterusnya
, aktiviti riadah yang dilakukan pada
setiap minggu mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri
seseorang. Bayangkan jika
individu terbabit perlu bekerja selama 60 jam dalam 5 hari,bukankah mereka akan
mula mengalami tertekan? Kepenatan,keletihan dan beban kerja yang memberatkan
akan menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah
marah,letih,lesu dan tidak bersemangat. Hal ini demikian akan menyebabkan
prestasi mereka sama ada di tempat kerja mahupun sekolah mengalami kemerosotan
dan mengundang pelbagai impak negatif seperti mendapat teguran daripada pihak
atasan,dilucutkan jawatan dan sebagainya. Dengan aktivitinya riadah,hal ini
akan membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita gemar. Hal ini menjadi cara
yang efektif untuk menghiburkan kita. Kita dapat melupakan beban yang
ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu,
wajarlah aktiviti riadah dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk mengurangkan
tekanan yang dialami.
Akhir sekali, aktiviti rekreasi mampu menggalakkan
pertukaran idea atau buah fikiran dalam kalangan masyarakat. Hal
ini demikian kerana, pertukaran idea yang bernas mampu mematangkan tahap
pemikiran masyarakat. Misalnya, melalui
diskusi ringkas dalam kalangan masyarakat, semangat individualisme dapat
dihapuskan dan semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa rekreasi mampu merangsang pertukaran idea dan
mencegah sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan
riadah mempunyai banyak kepentingan tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh
setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan
dan mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian kerana
sesungguhnya, minda yang cerdas terletak pada badan yang cergas. ATAU /
Secara tuntas, kita perlu
mencapai kesedaran yang tinggi dalam usaha mengamalkan aktiviti riadah dan
rekreasi. Semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur dengan tebing
bagi menanamkan kesedaran dalam diri masyarakat mengenai kepentingan aktiviti
riadah dan rekreasi dalam kehidupan seharian bagi melahirkan generasi masa
hadapan yang sihat seterusnya menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.
Kemalangan di
jalan raya menyebabkan ahli keluarga kehilangan anggota yang tersayang. Tulis
satu karangan tentang usaha-usaha / cara
– cara yang perlu diambil untuk menangani masalah ini.
“Pemandu tertidur mengakibatkan
lorinya melanggar sebuah kereta.”
“Pembonceng motosikal meninggal dunia akibat kecuaian penunggang.”
“Pelanggar peraturan jalan raya mesti dikenakan hukuman yang lebih berat.”
“Pembonceng motosikal meninggal dunia akibat kecuaian penunggang.”
“Pelanggar peraturan jalan raya mesti dikenakan hukuman yang lebih berat.”
Akhir-akhir
ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa
sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal
dan menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan
ini terus meningkat dari setahun ke setahun, terutamanya pada musim
perayaan. Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar
berterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin. Apakah usaha-usaha yang
patutdiimplementasikan bagi menyelesaikan masalah yang merunsingkan
dan mengacau-bilaukan minda masyarakat ini?
Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng,
Mesti dibanteras ke akar umbi,
Kudrat semua pihak mesti digembleng,
Azam janganlah berbelah bagi.
Pada pendapat saya, kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini. Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya, bak kata peribahasa, "setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah". Tamsilnya, saya mencadangkan agar pesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama enam bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani memperlekeh amaran kerajaan lagi.
Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan mudah. Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa membiayai ongkos untuk mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen ini haruslah diadakan dengan objektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya.Inisiatif ini mampu membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang terus berlaku.
Seterusnya, polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti menjalankan tugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang di jalan raya. Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan jalan raya. Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna. Di samping itu, polis trafik yang amanah amat diperlukan. Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dan saksama. Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik.Implikasinya, polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang agak penting.
Lain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang seperti mengadakan perlumbaan haram dan sebagainya, kita mesti segera membuat laporan kepada pihak berkuasa. Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan.
Kata orang tua-tua, “malang tidak berbau”. Pengguna jalan raya sendiri mesti memahami maksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan tanda di tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan para pengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahan telah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan perhatian semasa memandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat perkara lain seperti menggunakan telefon, bergosip dengan orang lain dan sebagainya.
Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap orang. Bak kata pepatah, “pandu cermat jiwa selamat”. Pengguna-pengguna jalan raya mestilahmengimplementasikan kewajipan masing-masing. Dengan ini, barulah keselamatan setiap pengguna dapat dijamin. Usaha-usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilah dilaksanakan dengan segera. Ingat, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!”

Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan
Seri Tualang
Pada 14 Mac 2012, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan
terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik.
Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan
kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di
tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan
Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00
pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang
disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh yang
tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik
Awang Satip bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan
perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai
Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan
tersebut.
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan.
Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti
untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian.
Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira
pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian
hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan
Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari.
Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan
di kantin.
Laporan disediakan oleh,
16 Mac 2012
..............................................................
(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)
Mohon halal ambik isi sikit yee
ReplyDeleteTq info sgt bermakna dan bermanfaat
ReplyDelete