flyer 2014-1

flyer 2014-1

Jumlah Pelawat Blog ini 游览总人数

Tuesday, November 8, 2011

Soalan Hangat 炙热作文SPM 2011- Juadah Menjelang SPM 临考前糕点

Copy of logo ^^ Disediakan / Agata/ Jayadidik / Cikgu LI / 8 / 11 / 2011

1. Pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah kewangan, masalah anak-anak dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri. Keadaan ini menimbulkan stres kepada setiap ahli keluarga. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia. ( soalan Terengganu 2011)

Pendahuluan : Tragedi-tragedi pelik seperti bapa mencurah asid ke muka anak, suami membunuh isteri di tempat tidur, anak membunuh ahli keluarga dan pelbagai kerenah dalam keluarga bagaikan menjadi suatu fenomena dalam masyarakat moden. Masyarakat yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda keluarga telah menjadi anasir peledak ( 炸药 ) sehingga keharmonian dalam rumah tangga bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda keluarga sehingga boleh menimbulkan kesan kemurungan, halunisasi, dan gila. Memandangkan fenomena ini boleh mengancam kesejahteraan institusi tertua di dunia itu, pelbagai langkah menanganinya harus diambil dengan seberapa segera.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi sebelum anak-anak mengharungi alam berumah tangga –

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah sedar bahawa tanggungjawab membahagiakan rumah tangga adalah suatu amanah dan ibadah – menjadi motivasi untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera

Isi 3 : Memperlengkap ahli keluarga dengan imu pengetahuan dunia dan akhirat – ilmu dunia sebagai alat untuk kesenangan hidup sementara ilmu agama sebagai pengimbang dan kedamaian batiniah

Isi 4 : Menjalinkan perasaan mesra dan seronok sesama ahli keluarga – mengetepikan perkara-perkara negatif yang boleh mencetuskan perasaan marah – menikmati kehidupan berkeluarga ibarat syurga

Isi 5 : Memilih pihak ketiga sebagai pendamai – langkah penyelesaian terakhir sekiranya masalah terlalu rumit – semua pihak hendaklan mengetepikan ego masing-masing – menerima hakikat bahawa bukan semua masalah harus diselesaikan bersendirian

Kesimpulan : Fenomena semasa yang semakin mencabar secara tidak langsung boleh mempengaruhi mod dan emosi seseorang. Oleh itu, jikalau darah sudah mengalir ke mata, justeru padahnya terlalu besar. Jangan dibiarkan dendam yang membara, sebaliknya setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan hemah dan pemikiran yang positif. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan ibarat, hendak seribu daya tidak mau seribu helah.

2. Guru merupakan antara insan yang banyak berjasa kepada negara dan jasa mereka wajar diberi penghargaan. Anda ingin menulis esei bertajuk “Cara-cara Menghargai Jasa Guru” untuk dimuatkan dalam buletin khas sempena Perayaan Hari Guru sekolah anda. Tulis esei tersebut selengkapnya. ( Skor BH/ Sabah / Sarawak 2011 )

Perhatian : Soalan ini jenis karangan berformat. Pelajar jangan lupa masukkan tajuk rencana yang sesuai dan nama penulis.

Pendahuluan : Kalangan bijaksana pernah menukilkan ( memetik引述 ) bahawa, matahari dan bulan yang terang-benderang cahayanya pun akan gelap apabila sampai masanya, namun suluhan sinar ilmu daripada para guru akan tetap bercahaya abadi dan selama-lamanya. Kata-kata tersebut menjelaskan bahawa sumbangan guru terhadap muridnya bukan suatu perkara yang boleh dihitung dengan jari, malahan percikan liur basah daripada gurulah yang telah mencipta mutiara kehidupan untuk pelajar-pelajar. Oleh hal yang demikian, saya dengan penuh kesedaran merakamkam penghargaan kepada para guru tentang “Langkah dan Cara-cara Menghargai Jasa Guru”.

Isi-isi penting

Isi 1 : Sentiasa berdoa kepada Allah agar melimpahi guru dengan rahmat dan keberkatan – guru dipanjangi usia dalam kesihatan – bertambah ilmu dan hikmah dengan segala kebijaksanaan – dimurahi rezeki dan selamat dunia dan akhirat

Isi 2 : Memetik dan menyunting segala mutiara kata dan tunjuk ajar guru – dijadikan panduan hidup sebagai insan yang berjaya

Isi 3 : Menghormati guru – menghargai jasa mereka sama ada yang telah lalu atau yang masih mengajar – tunduk merendah diri dan bersopan

Isi 4 : Menziarahi mereka sama ada dalam waktu sihat atau sakit – sebagai tanda hubungan kasih sayang yang tidak pernah putus

Isi 5 : Mempraktikkan ilmu pengetahuan yang diperoleh sama ada untuk diri sendiri mahupun masyarakat – membudayakan ilmu dalam kehidupan – menjadi masyarakat terpelajar

Kesimpulan : Sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW telah berpesan bahawa, “Dua insan yang tidak terputus doa mereka sama ada baik atau buruk ialah kedua-dua ibu bapa dan guru yang pernah mendidik kita. Oleh itu, demi kejayaan di dunia dan akhirat, percayalah kepada nasihat dan tunjuk ajar guru dan taatilah mereka. Sebenar-benarnya insan yang tidak pernah berbohong kepada kita ialah para guru kerana ilmu bukan perkara yang boleh dibohongi.

** Diubah suai Cikgu Li darpada Ishak blog

No comments:

Post a Comment