flyer 2014-1

flyer 2014-1

Jumlah Pelawat Blog ini 游览总人数

Wednesday, November 9, 2011

书写 SPM 看图 (指示) 作文技巧- Kaedah Menulis Karangan SPM Bhg A - karangan berpandu.( 30 %)

Kaedah Menulis Karangan Bhg A - karangan berpandu.( 30 %)
Kenal pasti tema dan kata kunci. Tema ialah tajuk besar yang terletak di bahagian atas bahan rangsangan atau dalam arahan soalan. Jadikan tema sebagai pendahuluan dan kesimpulan karangan.
Contoh : Tema bahan : Cara-cara menangani kenaikan harga barang keperluan.


Pendahuluan : Kenaikan harga barangan keperluan sering menjadi buah mulut masyarakat. Hal ini menyebabkan rakyat Malaysia berasa kurang selesa ibarat cacing kepanasan. Kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk menangani gejala ini. Namun demikian masalah ini memuncak terutama apabila musim perayaan. Jika diteliti terdapat pelbagai cara yang dapat diamalkan untuk mengatasi kenaikan harga barang keperluan. ( Ayat Arahan )


ISI – ISI
( Kara Kunci ) : Tulis 3 ATAU 4 ISI BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN YANG DIBEKALKAN – INGAT !! BUAT 3 HURAIAN ( PENGGUNAAN KAEDAH IMBAKUP ) + CONTOH + AYAT PENGEGAS


Kesimpulan : Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat diambil untuk mengatasi gejala kenaikan harga barang keperluan ( pendapat ). Seluruh masyarakat hendaklah menggemblengkan tenaga untuk memastikan gejala ini dapat diatasi ( cadangan ) . Jika tidak kehidupan masyarakat bakal berhadapan dengan masalah besar akibat kadar inflasi yang tinggi ( Penilaian ) . Iltizam dan kerjasama semua pihak umpama aur dengan tebing dapat mengekang kenaikan harga barangan sejajar dengan gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.( Harapan / Semoga )
Ingat :
Tulis dalam jumlah perkataan yang disarankan dalam arahan soalan. Jangan tulis terlalu panjang sehingga mengabaikan / menjejaskan penulisan
karangan B ( 100 %). (Dalam lingkungan 200 - 250 perkataan sahaja) Sebaik-baiknya, bilang jumlah perkataan dan tulis di hujung karangan anda.

No comments:

Post a Comment