flyer 2014-1

flyer 2014-1

Jumlah Pelawat Blog ini 游览总人数

Friday, November 2, 2012

KARANGAN FOKUS SPM 2- 2012


 ^^ Disediakan  Agata/ Jayadidik / Usaha Terbilang  Cikgu LI 
KARANGAN FOKUS SPM 2- 2012
1. Pengukuhan Institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam keluarga bahagia. Huraikan peranan ahli keluarga dalam membina keluarga bahagia. Tema: Keluarga Bahagia / Arah : Peranan ahli keluarga
             Dalam mendepani era modenisasi abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang lain. Sebagaimana yang kita ketahui, institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam membina keluarga bahagia. Dari segi konsepsinya, institusi keluarga boleh ditakrifkan sebagai insan terdekat yang sanggup menerima kita seadanya dan sentiasa bersama tidak kira di waktu susah atau senang. Dengan menunjukkan contoh yang baik, ibu bapa merupakan suri teladan yang terdekat dalam membentuk institusi keluarga yang utuh. Anak-anak juga memainkan peranan penting dalam membentuk peranan penting dalam membentuk institusi keluarga yang kukuh. Hal ini boleh dianalogikan seperti, tentera semut bekerjasama mengumpul makanan. Hal ini juga bertepatan dengan aforisme, bagai aur dengan tebing. Biasanya keluarga bahagia dapat dibentuk melalui sikap ahli keluarga yang mempunyai sahsiah yang baik. Menurut pakar motivasi Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah, keutuhan institusi keluarga mampu membangunkan negara dengan aman tanpa perbalahan. Oleh itu,setiap ahli keluarga perlu menjadi tulang belakang kepada institusi kekeluargaan supaya keluarga tidak berpecah belah.
                   Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang mencorakkannya. Oleh itu,peranan ibu bapa dalam membentuk institusi keluarga bahagia ialah ibu bapa menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana,ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak.Ibu bapa tidak seharusnya menunjukkan teladan yang negatif kepada anak-anak seperti berbohong,mengumpat dan bergaduh. Natijahnya, anak-anak akan mencontohi setiap perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa. Keadaan ini akan mewujudkan hubungan baik di dalam sebuah keluarga. Menurut Ustazah Siti Nur Bahiyah, ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak justeru ibu bapa harus menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dan sentiasa berfikiran positif. Jadikan kata-kata Imam Al-Ghazali sebagai panduan keranja, mendidik anak-anak umpama menanam biji benih dan dibajai,disirami serta dimanjai supaya membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil baik. Ibu bapa yang menjadi suri teladan boleh dianologikan seperti kucing yang mengajar anaknya berjalan. Hal ini boleh diaforismekan,bagaimana acuan begitulah kuihnya.Sebagai ibu bapa yang prihatin mereka perlu memastikan institusi keluarga bahagia dapat dikekalkan dengan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak.Sekiranya ibu bapa berjaya menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak pastinya negara akan menghasilkan insan yang bijak sekali gus dapat mewujudkan keluarga yang aman dan  damai.
   Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata,didiklah anak kamu mengikut zamannya,jangan mendidik mereka mengikut zaman kamu. Oleh itu,ibu bapa perlu menyediakan kediaman yang selamat untuk anak-anak mengikut keperluan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, kediaman yang selamat menyebabkan anak-anak berasa selamat dan dilindungi daripada ancaman luar. Natijahnya, anak-anak akan lebih hati-hati sebelum melakukan aktiviti luar dan berfikir panjang kesannya sebelum melakukan aktiviti di luar rumah. Amsalnya,ciri-ciri rumah yang selamat mempunyai empat buah bilik,dua buah bilik persalinan dan pengasingan di antara anak lelaki dan anak perempuan. Selain itu,ibu bapa perlu menyediakan jadual waktu yang selengkapnya untuk melakukan sebarang aktiviti sama ada menonton televisyen, waktu bermain dan seumpanya.Kediaman yang selamat dan selesa boleh dianologikan seperti, pohon yang melindungi sarang burung yang tersembunyi. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,sediakan payung sebelum hujan. Menurut pepatah Inggeris,orang yang dilahirkan di dalam kandang kuda tidak semestinya menjadi kuda.Tambahan pula, menurut Khong Hu Chu sesiapa yang tidak berfikir panjang,kesusahan telah tersedia di mukanya.Sekiranya ibu bapa dapat menyediakan kediaman yang selamat dan selesa maka hal ini dapat mewujudkan keluarga yang bahagia.
   Memetik wasitah nirmala seterusnya,ibu bapa haruslah menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang dapat membantu pembesaran anak-anak dengan sempurna. Natijahnya,tubuh anak-anak yang sihat dapat membantu menjamin keluarga bahagia.Amsalnya,ibu bapa perlu menyediakan sarapan yang bercoklat  untuk anak-anak mendapat tenaga di pagi hari. Kajian Universiti Malaysia Pahang menunjukkan  bahawa ,anak-anak yang tidak mendapat sarapan menyebabkan mereka tidak mempunyai tenaga dan pelajaran di dalam kelas akan terganggu.Peribahasa Melayu ada mengatakan, badan yang sihat dapat melahirkan otak yang cerdas.Oleh itu,ibu bapa perlulah menyediakan makanan yang seimbang supaya dapat melahirkan keluarga yang bahagia. Hal ini demikian kerana anak-anak yang mempunyai fikiran dan badan yang sihat akan menyumbang kepada minda yang sihat dan menyebabkan anak-anak dapat berfikir dengan bijak tanpa terjebak dengan aktiviti yang bermoral.Hal ini boleh dianologikan seperti memberi baja yang berkualiti kepada benih agar dapat membesar dengan baik. Menurut Alex Osbon makanan yang sihat dan berkhasiat akan menjana kepada kesihatan yang baik. Jelaslah bahawa makanan yang seimbang dan berkhasiat akan menyumbang institusi keluarga bahagia
   Dari sudut kodifikasi yang berbeza,semua ahli keluarga perlu menjaga kebersihan tempat tinggal agar persekitaran tempat tinggal bersih dan ceria. Hal ini kerana,persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria dapat menenangkan fikiran dan kebahagiaan dapat dikecap.Biasanya,ahli keluarga yang progresif akan memastikan kebersihan dan keceriaan kediaman mereka.Natijahnya,tempat tinggal akan sentiasa bersih dan penghuninya akan sentiasa ceria.Menurut Lao Tze dalam karya mukadimahnya,jika tujuan anda jelas,anda boleh mencapainya dengan mudah.Ahli keluarga perlulah bekerjasama mengekalkan kebersihan dan keceriaan tempat tinggal.Hal ini bertepatan dengan peribahasa, bagai aur dengan tebing.Hal ini boleh dianologikan seperti penyapu yang sentiasa digunakan. Menurut mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad,keluarga bahagia dapat mencapai bermula dengan kebersihan tempat tinggal dan keceriaan isi rumah.Hal ini boleh dianologikan seperti, bunga mawar yang mekar. Sekiranya ahli keluarga menjadi persekitaran tempat tinggal dengan baik,maka negara akan mempunyai isi rumah yang bahagia dan mementingkan kebersihan.
    Dalam Islam telah menetapkan bahawa 7 tahun pertama kelahiran , hendaklah kita menjadikan anak-anak sebagai teman sepermainan , 7 tahun berikutnya hendaklah kita mendidiknya dengan rotan dan 7 tahun seterusnya hendaklah kita jadikannya sahabat . Oleh itu , sudah terang lagi bersuluh , ibu bapa harus cakna terhadap kesihatan ahli keluarga . Hal ini berlaku demikian kerana, peranan ibu bapa amat penting dalam memastikan ahli keluarga sihat sejahtera . Impaknya , anak-anak akan merasakan diri mereka diberi sepenuh perhatian oleh ibu bapa dalam sebuah keluarga . Ibu bapa yang cakna terhadap kesihatan ahli keluarga dapat dianologikan seperti payung yang sentiasa terbuka untuk melindungi diri daripada panas terik mentari .Amsalnya, anak-anak yang sakit perlu dirujuk ke klinik dan hospital sebelum nasi menjadi bubur. Biasanya , ibu bapa yang cakna terhadap kesihatan ahli keluarga ialah ibu bapa yang prihatin . Menurut Datok Dr. Haji Fadzillah Kamsah , keluarga yang bahagia ialah  keluarga yang hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera . Oleh itu , ibu bapalah yang mencorakkan sesebuah keluarga itu menjadi sebuah keluarga bahagia . Sekiranya ibu bapa di negara kita cakna terhadap kesihatan ahli keluarga , maka wujudlah sebuah keluarga yang bahagia tanpa sebarang pertelingkahan .
     Rahmohan Gandhi dalam karya mukadimahnya menyatakan bahawa, keruntuhan keluarga akan melahirkan generasi yang lemah . Sebagai remaja yang lebai lagi berjanggut dalam memacu negara ke persada antarabangsa , anak-anak yang bersahsiah terpuji dapat merealisasikan institusi keluarga yang bahagia . Hal ini demikian kerana , anak-anak yang mempunyai peribadi yang mulia dan berbudi pekerti yang tinggi dapat memenuhi tuntutan sebuah keluarga yang bahagia . Natijahnya , anak-anak yang soleh dan solehah dapat menjaga nama baik keluarga di samping melahirkan generasi yang cemerlang dan sifar jenayah . Oleh itu , ibu bapa perlu membentuk peribadi anak-anak mereka sejak kecil bagi menjamin kesejahteraan keluarga pada masa akan datang . Ibu bapa yang mampu mendisiplinkan anak-anak sejak kecil bertepatan dengan aforisme, melentur buluh biarlah dari rebungnya . Menurut Joseph Conrad , kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka . Oleh itu, ibu bapa yang bertanggunjawab tidak seharusnya leka dan bersikap bena tak bena dalam menerapkan akhlak terpuji dalam diri anak-anak. Ibu bapa yang membentuk sahsiah terpuji anak-anak boleh dianologikan seperti, ibu ayam yang mengajar anaknya mencari makan . Sekiranya anak-anak yang mempunyai sahsiah peribadi yang terpuji maka mereka dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan keluarga .
      Selain itu , peranan ahli keluarga terdekat seperti adik-beradik , nenek , datuk , saudara-mara juga penting dalam membentuk keluarga bahagia . Hal ini demikian kerana , institusi keluarga yang ramai dapat memeriahkan lagi hubungan kekeluargaan . Natijahnya , kita dapat mengeratkan lagi ukhwah antara keluarga sama ada yang tinggal berjauhan atau terdekat . Di samping itu , sebuah keluarga yang bahagia dapat menyelesaikan masalah dengan baik . Seterusnya , keluarga terdekat perlulah mengadakan rumah terbuka pada hari-hari tertentu untuk mngeratkan hubungan kekeluargaan yang kita tidak kenal . Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara juga dapat membina keluarga harmoni terutamanya pada musim perayaan. Menurut Datuk Dr. Haji Fadzillah Kamsah , institusi keluarga yang harmoni menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat . Institusi keluarga terdekat juga memainkan peranan yang penting dalam membantu keluarga lain yang menghadapi kesusahan bagi meringankan bebannya . Hal ini bertepatan dengan aforisme, bagai aur dengan tebing . Sementelahan itu, peranan adik-beradik juga mampu menjurus pada pembentukan keluarga bahagia . Sebagai adik-beradik , kita perlu memulakan dengan percakapan yang baik bagi mengelakkan pergaduhan. Sekiranya , keluarga dapat memainkan peranan dengan berkesan maka institusi keluarga yang utuh lagi teguh dapat direalisasikan dalam membina keluarga bahagia .
    Sebagai pengitlakan , isu keluarga bahagia sering meniti dari bibir ke bibir dalam kalangan marhaen di Malaysia perlu direalisasikan kewujudannya . Sememangnya , sudah terang lagi bersuluh , peranan daripada pelbagai pihak sama ada ibu bapa , anak-anak , saudara-mara perlu diimplimentasikan bagi memupuk sebuah institusi keluarga bahagia . Oleh itu , sediakan payung sebelum hujan kerana jikalau nasi sudah menjadi bubur usaha dalam membentuk keluarga bahagia tidak lagi bermakna . Tambahan lagi , peranan utama dalam membentuk keluarga bahagia terletak pada bahu kedua-dua ibu bapa . Seyogia , kita ibarat burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh , patah paruh bertongkatkan dagu , patah dagu bertongkatkan kuku . Sekiranya , semua pihak memanipulasikan tanggungjawab masing-masing nescaya sebuah keluarga bahagia dapat dibentuk dengan berkesan serta mewujudkan negara yang harmonis . Jika negara harmonis boleh diwujudkan maka pembangunan dan kemajuan ekonomi dapat dilaksanakan dengan jayanya .
Burung merpati terbang merata ,
Terbang bersama anak-anaknya ,
Keluarga bahagia idaman kita ,
Marilah kita merealisasikannya .

2.Peranan ibu bapa memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak. Tema : Semangat patriotik Arah : Usaha oleh ibu bapa
       Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21 kini,dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Negara yang pesat membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Negara yang semakin pesat membangun seperti tumbuh sama basah timbul samahanyut seiringan dengan negara maju yang lain. Namun semangat patriotik masih gagal difahami oleh keseluruhan remaja di Malaysia.Biasanya,semangat patriotik perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan peringkat umur di bumi Malaysia yang sedang membangun ini. Anak-anak muda pada hari ini lebih suka berfoya-foya dan melakukan kegiatan yang tidak bermoral sehingga mencemarkan nama baik negara. Dari segi konsepnya,semangat patriotik boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta dan kasih akan tanah air.Perasaan sedemikian harus disemai dan dipupuk sejak kecil lagi agar lebih menyayangi dan mencintai negara.Semangat patriotik ini sekali gus membuktikan,menghayati dan menghargai pengorbanan para pejuang negara terdahulu.Namun malangnya,remaja kini kurang menghayati perkara tersebut dan hal ini berpunca daripada kurangnya penekanan yang tegas dan serius oleh ibu bapa. Oleh itu,terdapat pelbagai langkah yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
                Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak lebih menghayati semangat patriotik ialah ibu bapa perlu membelikan anak-anak buku-buku yang bercorak sejarah sejak kecil lagi.Hal ini dikatakan demikian kerana,mereka serba sedikit mula berfikir tentang bahan yang dibacanya.Tidaklah rugi sekiranya mendedahkan mereka dengan perkara sebegini sejak kecil sebaliknya ini adalah satu langkah efektif yang boleh dilakukan kepada anak-anak.Tidak dapat dinafikan bahwa berkemungkinan besar mereka tidak akan begitu memahami apa-apa yang dibacanya tetapi tidak mengapa asalkan mereka sudah diberi pendedahan dan lambat laun apabila sudah semakin besar kelak,mereka akhirnya akan memahami bahan bacaannya dengan lebih terperinci untuk memastikan anak-anak tidak mengalami kebosanan apabila membaca kisah semangat patriotik,ibu bapa bolehlah membacanya bersama-sama anak-anak.Hal ini bertepatan dengan aforisme,meluntur bulu biarlah dari rebungnya.Oleh itu,ibu bapa tidak seharusnya cepat berputus asa malah meneruskan usahanya sedikit demi sedikit tanpa sebarang rungutan di hadapan anak-anak yang kian membesar dan memahami.Sekiranya ibu bapa    berjaya melaksanakan usaha sedemikian,nescaya apabila anak-anak sudah bergelar remaja mereka akan lebih memahami soal semangat patriotik dan akan menghormatinya.
                Memetik wasitah nirmala seterusnya, ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik terhadap anak-anak.Hal ini berlaku demikian kerana,sekiranya ibu bapa mengamalkan semangat patriotik nescaya anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka.Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu,air perabung mengalir ke cucur atap.Ibu bapa boleh menarik perhatian anak-anak kepada unsur patriotisme.Harus diingatkan juga bahawa anak-anak tidak akan melakukan sebarang perkara di luar jangkaan.Sebagai contoh,memijak dan membakar bendera dan sebagainya.Pemantauan ibu bapa boleh dianalogikan seperti sayap yang sentiasa melindungi badannya.Menurut Dato’ Dr Hj. Fadzillah Kamsah,ibu bapa yang bijak dalam membimbing dan mengatur hidup anak-anak serta berjaya mengawasi anak-anak mereka akan melahirkan sikap anak-anak yang mulia dan sentiasa bertanggungjawab.Sekiranya,ibu bapa berjaya menjadikan dirinya sebagai ikon kepada anak-anak,nescaya semangat patriotik ini dapat diserap dan dihayati dalam diri anak-anak.
                Walakin,ibu bapa juga boleh menggalakkan dan membawa anak-anak menyertai pertandingan yang berunsurkan semangat patriotisme.Misalnya seperti kuiz sejarah yang menyatakan dan memajukan soalan yang berkaitan tokoh-tokoh negara,nama pemimpin-pemimpin negara,peristiwa bersejarah negara Malaysia dan sebagainya.Selain itu, ibu bapa perlu membawa anak-anak untuk menyertai pertandingan pidato yang berhubung tentang kenegaraan atau forum perdana.Hal ini demikian kerana,anak-anak akan lebih berusaha untuk mencari jawapan mahupun maklumat yang berkaitan dengan patriotik.Hal ini sekali gus membawa anak-anak mahupun remaja mendalami sejarah negara dan sebarang peristiwa yang pernah berlaku di negara kita suatu ketika dahulu.Kesan daripada penglibatan mereka dalam perkara sebegini adalah dapat meningkatkan daya pemikiran dan tahap pengetahuan mereka.Tugas mereka di bumi Malaysia ini ialah untuk menjadi seorang individu yang sentiasa bertanggungjawab dan mempunyai nilai kesedaran yang tinggi dalam diri mereka.Mereka juga perlu menerima sebarang kemajuan dan sentiasa berfikiran terbuka dalam perkara yang positif. Janganlah mereka menjadi seperti sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor.Oleh itu,para remaja seharusnya mulai sedar akan semangat patriotik di dalam diri masing-masing supaya hidup akan lebih mengingati jasa dan pengorbanan orang terdahulu.
   Selain itu,ibu bapa juga seharusnya membawa anak-anak menghadiri kempen yang berkaitan dengan patriotisme.Sebagai contoh,kempen yang mempamerkan gambar-gambar tokoh negara,pejuang-pejuang tanah air,risalah yang menceritakan soal tanah Melayu dahulunya dijajah oleh kuasa luar dan sebagainya.Hal ini kerana,akan wujud keinsafan yang ikhlas dalam diri anak-anak.Cukup sekadar mereka memahami dan menghormati semangat patriotik sudah jelas melahirkan mereka sebagai seorang insan yang berguna dan bertanggungjawab demi menjaga keamana negara.Selain itu,apabila tiba hari kemerdekaan,ibu bapa boleh membawa anak-anak menghadirinya dan meraikannya diri dalam sebarang aktiviti pada Hari Kemerdekaan seperti perarakan,kibaran jalur gemilang,pembentukan logo dan sebagainya.Pemimpin negara yang mesra rakyat seperti Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak juga telah menarik minat para remaja yang semakin mencintai negara Malaysia dan berjaya menyematkan semangat patriotik dalam diri mereka.Oleh itu,amatlah penting bagi semua pihak untuk berganding bahu dan menyemarakkan semangat patriotik dalam diri mereka.
                Sebagai intiha,semangat patriotik yang juga merupakan semangat cinta akan tanah air seharusnya disemai dalam jiwa para remaja.Hal ini dikatakan demikian kerana,semangat patriotik kian luntur dan hanya dipandang remeh.Perkara ini semakin membimbangkan ramai pihak dan harus ditangani sebelum menular mahupun menjadi lebih serius.Sememangnya,semangat patriotik dalam kalangan remaja semakin berkurangan hari demi hari.Semoga semangat patriotik ini tidak luput dalam jiwa anak-anak.Oleh itu,kita perlu menyusun saf (barisan) daripada sekarang sebelum terlambat.Sekiranyan semangat patriotik ini berjaya meresap dalam jiwa anak-anak.nescaya negara kita,Malaysia mampu melahirkan lebih ramai individu yang prihatin,bersatu-padu dan bertanggungjawab demi mempertahankan tanah air yang tercinta ini 1Malaysia teras perpaduan.
Copy of logo      ^^ Disediakan Agata/ Jayadidik / Usaha Terbilang  Cikgu LI / 2 / 11 / 12
3. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan . Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka menjadi kenyataan. ( Soalan percubaan Perak 2012 )
 Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21 kini,dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara  maju yang lain. Namun sering meniti dari bibir ke bibir segenap umat manusia tentang ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan. Menurut pakar motivasi Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah,setiap perkara yang hendak dilakukan perlulah mendapat retu daripada ibu bapa . Anak-anak pasti akan berjaya jika mereka sentiasa menghormati dan tidak melawan kata-kata ibu bapa. Sebagai remaja yang lebai ( taat agama ) ,harus memikirkan usaha-usaha untuk memastikan harapan ibu bapa terhadap kita tercapai .Jika ditelusuri secara mendalam lagi,anak-anak perlu mempunyai asas agama yang kuat. Menurut Hamka,pegangan agama yang ada di dalam kita,akan membentuk akhlak peribadi seseorang itu.Oleh itu,anak-anak ( SAYA ) perlulah berusaha untuk memenuhi keinginan ibu bapa untuk memastikan anak-anak berjaya dalam hidup.
                Sebagai anak-anak yang meningkat dewasa, kita ( SAYA ) perlulah mengubah diri supaya menjadi seorang anak yang dapat membanggakan ibu bapa.Usaha sebagai seorang anak adalah belajar bersungguh-sungguh pada peringkat sekolah rendah lagi bagi menjadikan kita menjadi seorang anak yang pandai mengenangkan jasa ibu bapa.Apabila kita belajar bersungguh-sungguh dari peringkat permulaan,kita mungkin berpeluang untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat yang paling tertinggi.Sudah terang lagi bersuluh,anak-anak adalah harapan ibu bapa bagi memartabatkan maruah ahli keluarga mereka waktu kelak nanti.Sesudah mencapai kejayaan pada peringkat pembelajaran anak-anak pasti memikirkan untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kerjaya mereka.Anak-anak yang mencapai kejayaan pasti membuatkan ibu bapa mereka lebih bangga dan lebih senang.Anak-anak akan menampung perbelanjaan keluarga apabila sudah bekerja.Ibu bapa akan merasakan tanggungjawab keluarga apabila sudah bekerja.Ibu bapa akan merasakan tanggungjawab mereka sudah tertunai dan ada lagi yang mungkin akan diusahakan oleh mereka,bak kata pepatah,melentur buluh biar dari rebungnya.Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak mereka dari kecil lagi.Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya.
                Jika ditelusuri secara mendalam usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh kita untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai ialah kita (SAYA) perlulah sentiasa menjaga personaliti diri serta menjaga tingkah laku agar tidak terlibat terlibat dalam gejala sosial yang semakin menular dalam kalangan remaja.Hal ini demikian kerana,remaja mudah terpengaruh melakukan perkara ke arah negatif jika bergaul dengan rakan-rakan yang sering terlibat dalam gejala sosial serta rakan-rakan yang menjalani kehidupan yang terlalu bebas.Selain itu,kita hendaklah menjaga air muka dan nama baik ibu bapa agar kita tidak menconteng arang ke muka mereka dek perkara yang negatif.Natijahnya,jika kita tidak terlibat dalam gejala sosial dan mendatangkan masalah ibu bapa maka harapan ibu bapa kepada kita untuk berjaya dalam kehidupan akan tercapai.Menurut pakar motivasi,Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah jika kita menjaga personaliti diri tidak mustahil kita akan dapat seseorang pelajar dan anak.Oleh itu,kita perlulah menjaga tingkah laku di rumah mahupun di sekolah.Maka,terbentuklah akhlak seseorang itu.
                 Memetik wasitah nirmala seterusnya,bagi menjayakan lagi usaha-usaha kita bagi memastikan harapan ibu bapa tercapai ialah,kita sebagai anak perlulah bergaul serta mendekati dengan orang-orang yang berilmu supaya kita berminat serta cenderung dalam pelajaran.Dalam konteks ini,mengapakah kita perlu bergaul dengan orang yang berilmu? Sementelahan lagi,dengan siapakah kita perlu bergaul ? Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, kita perlu bergaul dengan orang berilmu supaya minat belajar akan timbul dalam diri kita sebagai seorang pelajar dan anak.Jadi,tidak mustahil kita boleh berjaya.Kita perlulah bergaul dan berkawan dengan orang yang sering berjaya dalam peperiksaan.Jadi,kita bolehlah berkongsi ilmu pendapat serta idea yang bernas dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran.Jadi,jika kita mahu terus berjaya dalam kehidupan,kita mestilah bergaul dengan orang yang berilmu.Hal ini boleh dianalogikan seperti orang mukmin (orang Islam lelaki ) yang inginkan kejayaan,mukmin tersebut perlulah berusaha untuk menggapai kejayaan tersebut.Hal ini bertepatan dengan aforisme hendak seribu daya,tak nak seribu dalih.Natijahnya,kita berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut,InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dalam kehidupan di dunia serta di akhirat.Maka dengan ini,tercapailah usaha ibu bapa yang inginkan kejayaan dalam kehidupan anak-anak mereka.
                Jika ditelusuri secaramen dalam,usaha seterusnya yang dapat kita lakukan ialah tidak terlibat dalam gejala sosial.Usaha ini perlu dilakukan dengan betul agar kita menjadi insan yang lebih beragama dan lebih berdisiplin.Natijahnya,kita dapat melahirkan alam sekitar yang harmoni dan aman.Menurut pakar motivasi,gejala sosial dapat dibendung sekiranya kita menasihati rakan-rakan kita untuk melakukan kebaikan dan menghalang mereka untuk melakukan keburukan,sekiranya rakan kita melakukan keburukan,kita haruslah memberitahu kesan akan keburukan yang telah mereka lakukan itu.Jadi jelaslah bahawa sekiranya kita tidak terlibat dengan gejala  sosial maka kita dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
                Sebagai deduksinya, kita hendaklah mengimplementasikan pendekatan dalam bentuk indoktrinasi (penanaman ajaran ) kepada ibu bapa supaya harapannya itu tercapai. Kita sebagai anak-anak haruslah sentiasa menghargai jasa ibu bapa dan menghormati setiap keputusan yang telah ditetapkan sama ada keputusan itu bercanggah dengan apa yang kita cadangkan kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Nasihat ibu bapa perlu diberi perhatian dan dipatuhi dengan teliti supaya masuk telinga kanan tidak keluar telinga kiri juga tidak sekadar melepaskan batuk di tangga. Seyogia, anak-anak ini dianggap sebagai permata hati atau cahaya mata oleh Allah kepada ibu bapa di dunia dan di akhirat. Oleh itu, anak-anak mestilah sama-sama berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni bagi mencapai harapan atau hasrat ibu bapa.
4. TEMA: LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH IBU BAPA UNTUK MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MENJAGA KEINDAHAN ALAM   SEKITAR. ( PULAU PINANG 2012)          
                 Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara ini tentang isu penjagaan keindahan alam sekitar. Isu penjagaan keindahan alam sekitar di negara kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuwan negara baik di warung-warung kopi mahupun di parlimen. Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut (makin alim ,makin baik perangai ) harus memikirkan langkah pragmatik lagi sistematik yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar bagi melahirkan keharmonian dalam masyarakat. Hal ini bertepatan degan peribahasa Melayu, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Justifikasinya, hal ini kita sering didedahkan dengan isu ini di dada-dada akhbar di dalam negara kita. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting bagi mendidik anak-anak supaya sayang dan cinta akan negara kita. Menurut Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada kebolehan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalakan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
            Sebagai ibu bapa yang lebai lagi berjanggut, mereka haruslah membuka mata mereka dan menyedari bahawa mereka memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak mereka menjaga keindahan alam sekitar. Ibu dan bapa haruslah berganding bahu dalam mendidik anak-anak mereka. Sebagai langkah pertama dan langkah yang utama, ibu bapa mestilah mendidik anak mereka mengamalkan amalan mengitar semula sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mengitar semula boleh dianologikan sebagai mengisi sejenis air di dalam bekas yang dikhaskan untuknya. Air tersebut digunakan pada masa hadapan sebagai bahan yang berguna. Menurut Datuk Seri Shahrizat Jalil, pihak kerajaan telahpun menyediakan tiga buah tong sampah yang mempunyai warna yang berbeza untuk sampah yang berbeza. Pihak kerajaan juga telah menghasilkan sebuah lagu bagi mengingatkan tentang kod-kod warna tong sampah tersebut bersama kepentingan mengitar semula. Tong sampah yang berwarna biru telah dikhaskan untuk kertas, tong oren pula dikhususkan untuk plastik manakala tong coklat disediakan untuk kaca. Sekiranya seluruh kulawarga melaksanakan tanggungjawab mereka, keindahan alam sekitar pasti dapat dikekalkan. Peribahasa Melayu ada menyebut, belakang parang kalau diasah akan tajam juga. Ibu bapa mestilah mengamalkan amalan mengitar semula dalam kalangan anak-anak supaya boleh menjadi rutin harian mereka.
              Anak-anak sentiasa memerhatikan segala perlakuan ibu bapa dari segi mental dan fizikal. Segala perlakuan yang ditunjukkan ibu bapa menjadi ikutan anak-anak. Bergantung kepada ibu bapalah untuk mencorak peribadi anak-anak yang menunjukkan sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang baik. Ibu bapa harus memperlihatkan teladan yang baik kepada anak-anak atau digambarkan sebagai ‘role model’. Selain itu, ibu bapa perlu memberi tunjuk ajar anak-anak cara untuk menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya yang berkaitan dengan sampah. Peranan ibu bapa untuk mengajar anak-anak untuk membuang sampah dengan cara yang betul ke dalam tong sampah yang dikhaskan untuk pembuangan sampah. Kendatipun begitu, jika ditelusuri secara mendalam, memang patut kebersihan sekeliling dijaga untuk keselesaan bersama dan tidak menyakitkan mata. Tambahan pula, sikap yang baik akan mendapat kehidupan yang baik. Hal ini boleh dikaitkan dengan aforisme Melayu, bapa borek anak rintik. Maka ibu bapa harus bergerak sederap dalam membentuk keperibadian anak-anak untuk menjalani kehidupan yang selesa dalam menekankan penjagaan alam sekitar. Tiada ubat yang tiada penawarnya tanpa cara dan langkah pragmatik dan sistematik.
           Prakasa yang pragmatik lagi efisen bagi menggalakkan anak-anak menjaga alam sekitar ialah ibu bapa boleh menetapkan jadual waktu kepada anak-anak untuk membersihkan rumah agar nilai penjagaan alam sekitar dapat dipupuk dari rumah. Jadual waktu pembersihan rumah yang ditetapkan oleh ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar. Ibu bapa perlu memulakan langkah bagi menyediakan jadual waktu pembersihan rumah sejak anak-anak kecil lagi agar perasaan cinta akan alam sekitar dapat ditanam di dalam diri anak-anak sejak peringkat awal lagi bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, penggunaan jadual waktu pembersihan rumah yang dilakukan oleh ibu bapa dapat memberikan contoh yang baik kepada anak-anak kerana sifat ini akan menjadi amalan dan ikutan kepada anak-anak sampai bila-bila dan membentuk adab dan akhlak yang baik ini kerana adab dan akhlak yang buruk adalah sifat yang tidak patut ada di dalam diri seseorang, ibarat kata Wahab Munabin, akhlak dan adab yang buruk ibarat tembikar yang sudah pecah, tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.
             Jika ditelusuri secara mendalam, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar menyahut kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Langkah ini perlu diimplementasikan kerana pada zaman kontemporari ini mahaen terlalu memandang enteng terhadap penjagaan alam sekitar. Natijahnya, generasi muda akan datang tidak lagi dapat merasai dan melihat keindahan alam sekitar yang tuhan kurniakan. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Tidak Menggunakan Plastik. Ibu bapa yang lebai lagi berjanggut haruslah memberi contoh dengan mengamalkan kempen ini kepada anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Anak-anak mudah mengikuti perbuatan atau amalan yan dilakukan oleh ibu bapa kerana sebagaimana acuan begitulah kuihnya. Sementelahan lagi, anak-anak akan lebih menyayangi alam sekitar dan alam sekitar akan sentiasa terjaga. Sekiranya, kita sentiasa bersinergi dalam menjaga alam sekitar, masalah pencemaran yang ghalibnya diperkatakan dapat ditangani. Menurut El Leseur, tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.
             Jika ditelusuri secara mendalam antara langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi memelihara alam sekitar ialah memberi didikan agama sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Menurut Hamka, agama tidak mengajar umatnya sesuatu perkara melainkan perkara itu memberi manfaat kepada manusia. Agama tidak menyuruh melakukan sesuatu perkara, melainkan merosakkan manusia. Islam tentang menyarankan umatnya menjaga kebersihan kerana kebersihan separuh daripada iman. Ibu bapa perlu menyemat dalam diri anak-anak perasaan malu jika mereka sebagai umat Islam tidak dapat menjaga kebersihan dengan sempurna. Ironinya, jika umat Islam tidak mementingkan kebersihan, maka umat Islam akan ditempelak oleh penganut agama lain. Sesungguhnya, agama dan kebersihan umpama dakwat dan kertas.
            Akhirul kalam, kita mempunyai pelbagai kaedah untuk menjaga keindahan alam sekitar supaya bumi hijau ini dapat memelihara dengan baik. Oleh itu, kita sebagai penduduk bumi ini bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana, alam sekitar yang terpelihara akan melahirkan suasana yang tenang dan selesa. Natijahnya, kita juga dapat menyelamatkan bumi daripada pencemaran yang mungkin memudaratkan penduduknya. Hal ini berlaku demikian kerana, ibu bapa hendaklah menitikberatkan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar sebelum keadaan bumi di tahap kritikal. Hal ini bertepatan dengan aforisme, sediakan payung sebelum hujan. Sekiranya masyarakat Malaysia bersama-sam berganding bahu menjaga keindahan alam sekitar, kita akan dapat mengecapi kehidupan yang harmoni dan sejahtera dengan berterusan ,seperti yang diperkatakan William Shakespeare, jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi.  
5. Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis. Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.
                  Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi. Yang berlaku sekarang, kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Budaya “punk” dan “gotic” umpamanya menerapkan unsur bawah tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yang bertunjangkan keghairahan melalui penggunaan pil khayal dan dadah. Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan yang muda masih bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh     hal yang demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita.
                  Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Hal ini bertepatan sekali dengan peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing? Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kita harus menghargai warisan rakyat Malaysia sebelum warisan ini diapresiasi oleh orang asing.
              Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur. Selain itu, kita diajar tidak memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalamkebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga. Oleh itu, janganlah kita menconteng arang di muka ibu bapa kita.
               Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang perlu dipertahankan ialah busana. Pakaian tradisional kita melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil tangan masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti saya sewajarkan memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya. Remaja seperti saya wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional. Mahukah kita melihat dengan bangganya busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia. Kita harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.
                Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan oleh ibu bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan hidup manusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang terdahulu banyak membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaann makanan tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigma ini, nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwahantara golongan tua dengan yang muda.
                 Peribahasa “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya” juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia. Pada masa lapang, kita bolehlah membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau. Aktiviti seperti ini mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Janganlah kita berasa   malu untuk menerima warisan yang sebenarnya milik kita bersama. Walaupun pemikiran orang terdahulu sanggup mempertahankan prinsip biar mati anak, jangan mati adat; golongan zaman ini boleh memperbaik keadaan dengan menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka.
               Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Oleh hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyat Malaysia yang semakin serius haruslah diselamatkan daripada terus melunturkan sinar dan kekilatan warisan kita. Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!


Karangan Berpandu - LANGKAH –LANGKAH MENANGANI KEJADIAN TANAH RUNTUH ( Soalan percubaan Perak 2012 )
                Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namin sering meniti dari bibir ke bibir segenap umat manusia tentang fanomena kejadian tanah runtuh yang semakin membimbangkan. Kemelut ini juga disiarkan dalam media massa seperti internet, televisyen dan surat khabar. Dari segi konsepsinya, kejadian tanah runtuh ialah kejadian yang berlaku akibat daripada gelongsoran ( luncur )tanah di lereng-lereng bukit. Implikasinya, fenomena ini boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan boleh meragut nyawa pengguna jalan raya mahupun penduduk yang berdekatan. Persoalan yang bermain dalam kotak fikiran kita ialah mengapakah fenomena ini boleh berlaku dan siapakah yang patut dipersalahkan? Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), fenomena kejadian tanah runtuh ini berpunca daripada kegiatan pembalakan hutan secara berleluasa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya menyebabkan hakisan tanah. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang mesti dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi mengatasi fenomena ini sebelum nasi menjadi bubur.
     Cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh adalah pembangunan di lereng bukit yang terkawal. Dalam hal ini, pembinaan taman perumahan di lereng bukit mesti mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga perlu mengetatkan undang-undang kelulusan projek di bukit dan juga tidak meluluskan projek yang kecerunannya melebihi 35 darjah yang ditetapkan oleh kerajaan. Seperti kata dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Kejadian seperti berlaku di Highland Towers pada Disember 1993 yang mengorbankan nyawa adalah pengajaran untuk semua pihak terutama pihak pemaju untuk membina projek yang berisiko tinggi tanah runtuh.
     Langkah yang tidak  boleh dikesampingkan untuk mengelak kejadian tanah runtuh ialah membina sistem perparitan yang terancang. Dalam konteks ini, dapat mengurangkan kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit-bukau di negara kita. Sementelahan pula, tanah di bukit tidak mudah tergelongsor ke jalan raya dan dapat mengelakkan kes kemalangan. Terdapat statistik menjelaskan bahawa kejadian tanah runtuh disebabkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan aktiviti pembalakan haram. Implikasinya, langkah yang efektif dan pragmatik dapat ditangani dengan baik. Misalnya, pihak kerajaan membina parit atau longkang yang sesuai dan sempurna di kawasan perumahan masyarakat. Justifikasinya, dapat mengurangkan kejadian kegelongsoran tanah di tempat kediaman masyarakat. Jadi jelaslah bahawa melalui langkah membina sistem perparitan yang terancang dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara kita sebelum nasi menjadi bubur.
                Jika ditelusuri secara mendalam, antara langkah  yang pragmatik yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh ialah kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang yang tegas bagi mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku. Oleh sebab itu, kerajaan haruslah mengenakan hukuman yang maksimum kepada pemaju perumahan yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Bukan sahaja kerajaan malahan masyarakat juga harus memainkan peranan dalam mengelakkan kejadian tanah runtuh ini. Hal   ini demikian kerana tangan-tangan manusia inilah yang telah menyebabkan berlakunya kejadiaan tanah runtuh ini. Kejadian ini juga perlu dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak yang berwajib agar masalah ini dapat ditangani dengan segera. Agensi-agensi kerajaan harus mengadakan kempen “Cintai Alam Sekitar” sebelum nasi sudah menjadi bubur. Anak-anak harus dididik dari kecil agar apabila dewasa kelak, mereka akan menyanyangi alam sekitar dan alam sekitar akan terjaga. Ibu bapa haruslah melentur buluh biarlah dari rebungnya sebelum nasi sudah menjadi bubur.
     Sebagai konklusinya kita hendaklah menjaga alam sekitar supaya kurang bencana alam seperti tanah runtuh. Seyogia, marhaen Malaysia hendaklah mengurangkan perbuatan yang menyebabkan tanah runtuh. Mencegah lebih baik daripada merawat. Peribahasa yang sesuai digunakan untuk masalah ini. Kita perlulah bijaksana dalam melangkah untuk menghadapi semua ini. Seumpama kata Elbert Hubbard kebijaksanaan ialah keupayaan untuk bertindak pada masa yang benar-benar tepat. Jika kita tersalah langkah, kita ibarat menconteng arang ke muka sendiri. Janganlah kita hanya melepaskan batuk di tangga dalam mengurangkan masalah tanah runtuh.








No comments:

Post a Comment