Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam
semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita
mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara
jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya.
Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak
belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya
yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset
penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan
pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu
kerajaan sahaja. Saya berpendapat bahawa masih banyak usaha yang perlu
dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih banyak pelancong mengunjungi
Malaysia dan tinggal di negara ini.
Antara
faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahanprasarana seperti
pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke
sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan
wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya
untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya,
banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati
keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan
perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar
Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula
jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan
sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan
tersebut.
Kemudahan
penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi
faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan
penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu
akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal
ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini
sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan
hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh
selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara membuktikan
kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini.
Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf
sesebuah hotel yang dibina itu.
Kerajaan
melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan
maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini,
khususnya di tempat- tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya
tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media
cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik
seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan
dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM
mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di
kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam
nenarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap
sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara
kita pada suatu hari kelak.
Kepelbagaian
kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan juga dapat menarik banyak pelancong
datang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis
kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta
Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar
kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan
masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan
pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa
menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus
menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama
dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas persembahan yang
sedia ada.
Mengadakan
promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan oleh LPPM
dalam usaha menarik lebih banyak pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai
aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh
dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara
tertentu adalah antara usaha berkesan memperkenalkan Malaysia kepada pelancong
asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat
penerangan di beberapa buah negara membuktikan bahawa usaha yang berterusan
telah dilakukan dalam menarik pelancong. Buktinya, program seperti Tahun
Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai pelancong datang ke
negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata wang
asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong
walaupun terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga
lumayan.
Berdasarkan
penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha
menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus
memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan
perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing
dewasa ini. Jadi, tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam
semula jadi negara kita kepada pelancong harus dikongsi bersama kerana rakyat
juga akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan di negara ini akan terus
berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika
diusahakan secara lebih profesional.
No comments:
Post a Comment